Seminar Wanita dan Syariah: Lelaki Pelindung, Wanita Pendorong

KAJANG – Program Wanita dan Syariah yang bertemakan “ Keluarga Sejahtera di Bawah Naungan Syariah” anjuran Wanita IKRAM Hulu Langat, Wanita IKRAM Kajang dan Wanita JIM Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pertubuhan kebajikan Pekerja Islam TNB (PKPI) kawasan Bangi, telah berjaya dilaksanakan pada Ahad 12 Februari 2012 bertempat di Teater Perpustakaan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini.