Sokong garis panduan MPSJ – IKRAM Selangor
Kenyataan akhbar
IKRAM negeri Selangor
Sokong garis panduan MPSJ
melarang pekerja beragama Islam bekerja di premis arak
Kenyataan akhbar ini merujuk kepada isu garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang melarang umat Islam daripada bekerja di premis yang menjual arak.
Dalam hal berkenaan arak, Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran:-
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (Maksud Surah Al Maidah ayat 90-91).