16,000 Gamatkan Himpunan Malaysia Bersama Palestin

16,000 Gamatkan Himpunan Malaysia Bersama Palestin | IKRAM

KUALA LUMPUR – Axiata Arena, Bukit Jalil dibanjiri lebih 16,000 orang yang berpakaian serba putih, tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada Selasa lalu.

Sorakan menuntut keadilan di Palestin dan gesaan hentikan kekejaman rejim zionis dilaungkan berulang-kali memenuhi ruang dewan, menggamatkan suasana dari awal hingga akhir. 

Ribuan peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa, agama merentasi parti, NGO, jabatan-jabatan kerajaan, universiti, badan agama dan pelbagai organisasi.

Mereka mengibarkan bendera Palestin, melaungkan takbir dan perkataan seperti “Hidup Palestin”, “Bebas Palestin” pada himpunan yang bertujuan mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia, selain mendidik mengenai sejarah dan perkembangan konflik berkenaan.

Ucapan kemuncak majlis merupakan pidato yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja pulang dari Kaherah, sempena lawatannya ke negara-negara di Timur Tengah. 

Beliau telah bertemu dengan beberapa pemimpin negara-negara tersebut bagi menyatakan pendirian Malaysia dalam isu Palestin di samping berbincang langkah yang perlu diambil bagi mengukuhkan sokongan dari blok dunia Islam.

“Kali ini, dunia  Islam jangan lesu dan mesti bangkit pertahan hak bumi Palestin,” tegas Anwar. Menurutnya, Israel begitu berani bermaharajalela kerana mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat (AS), Perancis dan negara-negara Eropah.

Beliau turut menyelar sikap negara-negara ini yang sama sekali tidak mempedulikan soal kemanusiaan di Palestin. Lantas negara-negara Islam harus ke depan  mempertahankan hak rakyat Palestin dan Malaysia akan memberi sokongan yang padu.

“Dan kita harus sampaikan kepada kawan-kawan kita, baik orang Islam, atau Cina, India, Sabah atau Sarawak, isu ini (Palestin) isu bersama.”

“Mengapa kita suarakan isu ini dengan begitu lantang? Kerana orang mati dibunuh, anak-anak kecil dibunuh, wanita dibunuh, rumah dibedil, dimusnahkan, rumah sakit dirobohkan! Mana mungkin kita bicara dengan aman dan tenang.”

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Katanya, beliau dikritik dan mula diserang oleh beberapa kumpulan di Eropah, Amerika Syarikat dan tentunya Israel.

“Saya kata, selagi mana saya diberi mandat oleh rakyat, saya tidak menerima ancaman-ancaman. Kita akan terus berjuang. Saya kata kepada mereka, jangan mimpi nak mengancam kami. Malaysia adalah negara yang amat merdeka. Kami yang putuskan apa yang betul, kami faham apa erti kebebasan.”

“Kita bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka! Semalam, hari ini dan esok, insya-Allah,” tegas beliau dengan penuh semangat.

Dalam pada itu, Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor mohon agar para hadirin menyelami situasi di Gaza. 

“Dan kita bayangkan, setiap 13 minit, ada seorang kanak-kanak (Gaza) yang terbunuh. Bererti dalam tempoh 24 jam, 100 kanak-kanak terbunuh!”

 “Hari ini Israel telah mengenakan kepungan yang menyeluruh, seolah-olah mereka tidak pernah mengenakan kepungan ke atas Gaza yang sudah berlanjutan selama 17 tahun!”

Himpunan ini menyaksikan iltizam kerajaan bersama tekad rakyat Malaysia menoktahkan kekejamaan rejim Israel dan memulangkan hak kemanusiaan. Walaupun diseru dalam masa yang singkat, program ini telah berjaya mengumpulkan ribuan manusia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menggesa agar setiap individu menyebarkan mesej menuntut keadilan. 

“Dalam isu (Palestin), kita bersabar dalam tempoh yang cukup panjang. Lebih 15 tahun saya turun naik ke Turkiye, Syria, Lubnan untuk berbincang bagaimanakah cara untuk memerdekakan dan membantu saudara-saudara kita. Kita telah berjaya memberi kesedaran kepada umat Islam dan ia masih berterusan.”

Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dan kemudian disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil NGO.

Himpunan  pada malam itu juga diselangi dengan santapan halwa telinga sebagai pembangkit semangat oleh Munsyid Malaysia. Selebriti tersohor tanah air iaitu Faizal Tahir dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut tampil memberikan persembahan istimewa.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Hadir bersama dalam himpunan ini Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Jusni Yusoff, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ahli-ahli JKP serta ahli-ahli IKRAM, terutamanya di sekitar Lembah Kelang.

Himpunan Malaysia Bersama Palestin merupakan anjuran Sekretariat Malaysia Bersama Palestin yang menggabungkan lebih 40 NGO termasuk IKRAM, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Malaysia (GPM), Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), YADIM dan pelbagai pertubuhan lain yang turut sama menjayakannya. 

Sehingga 25 Oktober yang memasuki hari ke 19 peperangan (sejak 7 Oktober), angka korban penduduk Gaza telah mencecah 6,600 kematian melibatkan 2,704 kanak-kanak dan 1,584 wanita. 

Manakala 17,439 orang cedera tanpa menerima rawatan yang sebaiknya disebabkan kekurangan bekalan dan kemudahan perubatan.

Jumlah mangsa meningkat dengan laju dari hari ke hari. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak boleh berdiam diri dengan kezaliman yang telah berlaku di Palestin sejak 75 tahun yang lalu. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia