153 anggota Tunas KRS MUSLEH lulus cemerlang

Sijil kelulusan disampaikan oleh Pengerusi KRSM, Mejar Abd Rahaim Md Isa kepada para anggota dalam Majlis Penutup dan Pentauliahan Pangkat KRSM. Turut hadir Yang Dipertua IKRAM Negeri Perak, Hj Yahanis Yahya yang merasmikan majlis.

Dalam ucapan beliau, Abd Rahaim yang juga Pengarah Program sangat mengharapkan agar semua anggota dan pegawai yang telah menjalani kursus berkenaan serta diberi tauliah dapat melaksanakan tugas kepimpinan dan pelatihan dengan efektif, efisien dan penuh dedikasi.

    

Majlis pentauliahan

“Justeru itu, KRSM sebagai salah satu wadah tarbiah dan pembangunan kepimpinan pelajar, maka usaha ini perlu digembleng bersama oleh pihak pengurusan sekolah dan guru.

“Marilah kita berusaha dengan lebih gigih ke arah kecemerlangan pelajar,” gesa beliau.

Kira-kira 880 anggota termasuk 16 orang Pegawai Pengurusan KRSM yang terdiri daripada pelajar sekolah dan rakan sekolah IKRAM MUSLEH menyertai kursus ini yang melibatkan peringkat Sarjan TKRSM, Sarjan, Staf Sarjan, Leftenan Muda dan Pegawai Pengurusan KRSM.

Bagi kursus Sarjan TKRSM, 153 anggota mendapat cemerlang sementara 251 mendapat kepujian dan tiga anggota lulus. Untuk kursus Sarjan KRSM, dua anggota mendapat cemerlang, 196 mendapat kepujian dan 71 anggota lulus.

    

BaSeD, ujian ikatan dan ceramah pengurusan

Di samping itu, kursus Staf Sarjan KRSM memperlihatkan tujuh anggota mendapat cemerlang, kepujian untuk 97 anggota dan enam lulus. Bagi kursus Leftenan Muda pula, dua anggota mendapat kepujian dan 116 lagi lulus.

Bagi Pegawai Pengurusan KRSM, dua anggota menerima pangkat Komandan dan 15 lagi menerima pangkat Timbalan Komandan, setelah menjalani kursus orienteering, water confidence, pentaksiran, pengurusan fail, ekspedisi, perkongsian serta ceramah pengurusan kadet.

Kursus kenaikan pangkat ini diadakan bagi memastikan para pemimpin sekolah, guru dan pelajar mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRSM supaya mereka dapat melaksanakan tugas mengikut tatacara pengurusan yang ditetapkan.

Diadakan secara selari mengikut pangkat KRSM, para peserta kursus didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ujian kawad, Basic Self Defence (BaSeD), berkayak, map reading, membina rakit, orienteering, ujian kecergasan, ujian bantu mula, ujian ikatan dan bina pengkalan.

Sumber: KRSM | TKRSM SR Al-Azhar | KRSM Hira’

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia