13 Mei: Usah Ungkit Kisah Silam, Mari Bina Malaysia Harmoni – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan terkini tentang kenyataan dan dakwaan bahawa kemungkinan negara sekali lagi akan berhadapan dengan konflik perkauman sebagaimana Peristiwa 13 Mei 1969.

IKRAM berpandangan Peristiwa 13 Mei adalah detik hitam dalam sejarah negara yang harus dijadikan iktibar, namun anggota masyarakat tidak perlu ditakut-takutkan dengan kemungkinan ketegangan yang akan kembali berulang. Situasi masakini telah jauh berubah di mana majoriti anggota masyarakat telah semakin matang dalam menangani isu perkauman. Tindakan sesetengah kelompok yang sentiasa berusaha menimbulkan keresahan kaum di kalangan masyarakat membayangkan sikap rasisme yang tidak wajar dibiarkan berlarutan.

IKRAM dengan ini menyeru agar semua pihak beriltizam untuk menghormati Perlembagaan Malaysia, seperti mana juga yang telah didokong oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam semua dokumen rasmi mereka. Parti-parti kerajaan dan pembangkang, dan badan-badan NGO perlu memainkan peranan mengendurkan sebarang ketegangan serta memelihara perpaduan kaum bagi menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara tercinta. Sebarang usaha bagi menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat perlu ditangani dengan segera.

Para pemimpin negara hendaklah memainkan peranan yang positif bagi membina Malaysia yang bersatu dan harmoni. Pihak media juga harus berperanan bagi membina perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Mari sama-sama kita bina Malaysia yang harmoni dan bersatu!


Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

[Versi Bahasa Inggeris]

13 May: Let Bygones Be Bygones – Towards Building A Harmonious Malaysia

IKRAM follows closely the recent developments concerning statements and claims that the nation is facing the possibility of racial conflicts such as 13 May 1969 recurring.

IKRAM is of the opinion that the 13 May 1969 incident was a black spot in the nation’s history that we should learn from, but the society should not be instilled with fear of the possibility such racial tensions recurring. Our situation have far improved since then with a vast majority of Malaysians being wiser in handling racial issues. The actions of some quarters who persistently harp on racial insecurities reflect their racist attitudes and should not be allowed to persist.

IKRAM appeals to all sides to be committed in upholding the Malaysian Constitution, as has also been upheld by both sides of the political divide in their official documents. The government and opposition parties, and NGO’s should play their role in discouraging any racial disharmony and preserve the existing harmonious relations we are experiencing to ensure the stability and security of our beloved nation. Any efforts to instigate racial disharmony should be addressed immediately.

Our leaders should play a positive role in developing a united and harmonious Malaysia. The media should also support this positive effort to further enhance the existing harmonious relationship among races in Malaysia.

Let us together build a harmonious and united Malaysia!


Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia