13 Imam Palestin sepanjang Ramadan ini

“Selain itu, imam-imam ini akan menyampaikan pengisian mengenai isu-isu Palestin,” demikian ujar Penyelaras Imam MyCARE, Wan Luqman Wan Yusof.

Menurutnya, program ini diadakan pada setiap tahun agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran imam-Imam ini.

“Memantapkan kempen kesedaran Palestin serta meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk tabung dan projek Ramadan di Palestin oleh Aqsa Syarif, adalah antara objektifnya.”

Sehubungan dengan dengan itu, beliau mengajak masyarakat agar mengambil peluang bersama mendidik masyarakat mengetahui mengenai isu Palestin.

“Anda boleh menghubungi saya di talian 019-4815584 atau 03-89412341 untuk tempahan imam untuk masjid atau surau di tempat anda,” ujar Wan Luqman.

Dalam pada itu, program ini diwujudkan bagi memberi pendedahan serta peluang kepada imam-imam tersebut menyebarkan aktiviti Palestin dan mengetahui kehidupan harian di Malaysia.

Program yang telah bermula pada tahun 2012, kehadiran imam-imam Palestin ini menjadi satu tarikan kepada masyarakat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai isu Palestin dan seramai 13 orang imam Palestin bakal memeriahkan Ramadan kali ini.

FB Imam Palestin

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia