1,000 meriahkan Love Myself Run

Menurut pengarah program, Dr. Shamsuriani Md Jamal, larian dengan tema ‘Bahagia Tanpa Pornografi’ ini dilihat mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan kesedaran semua golongan masyarakat mengenai bahaya pornografi.

“Kami mengharapkan dengan larian ini, masyarakat mendapat lebih kesedaran tentang pornografi. Secara peribadi saya rasa mencapai target, kerana kebanyakan mereka yang datang pada hari ini adalah golongan remaja, pelajar universiti, golongan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka dan juga golongan orang tua yang prihatin.”

“Sekiranya sebelum ini mereka tidak pernah mendengar tentang bahaya pornografi, atau apakah itu bahagia tanpa pornografi, saya berharap dengan larian ini, tertanam kesedaran dalam minda mereka bahawa pornografi itu salah, (ia) bukanlah sesuatu yang boleh dipilih untuk dibuat atau tidak,” katanya di sini selepas acara larian tamat.

Love Myself Run yang bermula 6.30 pagi hingga 9.45 pagi adalah anjuran bersama MAP, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Yayasan Pendidikan Khalifah dengan tajaan daripada 18 penaja.

Kempen kesedaran bahaya pornografi ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2013 dengan jenama Mawar Putih, kemudian dikembangkan menjadi Mothers Against Pornography.

Kempen MAP dilancarkan di peringkat nasional pada tahun 2015 dan kemudiannya dikembangkan penglibatan kepada semua lapisan masyarakat dengan jenama Malaysians Against Pornography.

Kempen Love Myself telah bermula pada bulan Julai lalu dengan pertandingan mencipta video ‘Diri Saya Hak Saya’, disusuli dengan pertandingan mencipta poster ‘Bijak Dunia Siber’ pada bulan Ogos dan pertandingan penulisan kreatif ‘Bahagia Tanpa Pornografi’ pada bulan September baru-baru ini serta kemuncaknya adalah larian Love Myself Run.

MAP telah mewujudkan ‘Free Online Courses’ yang dibina sejak awal lagi untuk memberi pendidikan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat, hak peribadi diri, bijak dunia siber, dan juga bahagia tanpa pornografi yang memberitahu tentang kesan-kesan dan bahaya pornografi itu sendiri.

“MAP akan meneruskan rancangan program-program bersifat kemasyarakatan pada tahun-tahun yang akan datang. Sehingga November tahun ini, telah disusun aktiviti di sekolah-sekolah untuk mengajar kanak-kanak di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah tentang isu ini.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia