Keluarga Utuh (Full)

KARYA KREATIF 30 November 2021
KONGSI

Lagu 'Keluarga Utuh' adalah lagu tema sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021 oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Terimalah lagu IKRAM untuk semua.

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah

Lagu : Keluarga Utuh
Penyayi: Afdhal Thuairi
Terbitan : Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama SampaiJadi Records
Lirik : Rauf D, Nahar Md Nor, Zarina Azhari
Lagu : Rauf D

Sampai Jadi Channel: https://www.youtube.com/channel/UCsSIB7-OC9NQeOPPjufVepA/about

Lirik:
VERSE
Cinta yang terbina
Tiada penghujungnya
Masih teguh bersama
Ikatan mesra dalam satu keluarga

Walau berbeza suara
Mari mulakan semula
Seperti yang dikata
Air yang dicincang takkan terputus jua

PRE- CHORUS
Uuu
Kasihnya ibu
Tabahnya ayah
Mendidik tanpa jemu
Tidak terbalas segala jasamu
Ini bukti cintamu

CHORUS
Keluarga bahagia
Nilai paling berharga
Kasih sayang dibina
Amanah dipikul bersama

Keluarga sejahtera
Impian cinta abadi selamanya
Agama terus dijaga
Bersama memahami erti cinta

POST CHORUS
Keluarga tonggak akhlak mulia
Keluarga bina rakyat sejahtera
Keluarga lestarinya dunia
Keluarga jambatan ke syurga

VERSE 2
Adakah akan terbina
Tanpa usaha semua
Seperti yang dikata
Batu-bata tersusun atas binaannya

PRE-CHORUS
Uuu
Kasihnya ibu
Tabahnya ayah
Mendidik tanpa jemu
Tidak terbalas segala jasamu
Ini bukti cintamu

BRIDGE
Di saat tiba badai kan melanda
Hancurlah sebuah bahtera
Walau sejauh mana
Akan kekal setia

CHORUS LAST
Masih mencari cinta
Walau di depan mata
Tanpa ada keluarga
Hilanglah separuh jiwa

Sayangilah keluarga
Hidup pasti ditemani bahagia
Moga Tuhan menjaga
Di dunia juga di akhirat sana

Website : https://ikram.org.my/
Instagram : https://www.instagram.com/ikrammalaysia/
Facebook : fb.me/ikram.malaysia
Twitter : https://twitter.com/ikrammalaysia
Spotify : https://open.spotify.com/user/4lcpn0kqivszch3ux13b34vhp
Pinterest : https://www.pinterest.com/ikrammalaysia/

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia