wrapper

Berita Terkini

الجمعة 12 رمضان 1442   |   Friday 23 April 2021
Sunday, 23 September 2012 17:58

Kewajipan kita membela Nabi Muhammad S.A.W.

Rate this item
(0 votes)

Dunia Islam baru sahaja dikejutkan dengan penyebaran filem yang menyakiti Nabi sallallahu alaihi wasallam (s.a.w.). Ia telah dilakukan oleh seorang Yahudi Amerika yang pernah membakar Al-Quran satu ketika dahulu. Reaksi spontan terhadap penyebaran filem jahat ini sebenarnya memberi satu gambaran positif dan bukti ‘keberkatan’ bahawa Ummah Islamiyah masih wujud, ruhnya masih hidup, masih punya kekuatan, masih punya harapan.

Rasulullah s.a.w. amat berbangga dengan sikap seperti ini seumpama ‘singa yang mengaum’, menyatakan kesanggupan berkorban untuk melindungi kesucian agama dan sanggup mati demi agamanya.

Demikianlah sikap Ummah Islamiyah terhadap agamanya. Adakalanya ia menjadi lemah, namun ia belum mati. Ketika ia lemah pun.. sejarah membuktikan ia cuba sehabis kemampuan yang ada untuk bangkit mempertahankan tempat-tempat suci dan syiar-syiar agama maha mulia ini. Bukti terdekat ialah bagaimana saudara-saudara kita di Syria; sekalipun bermandikan darah dan ribuan telah gugur syahid, mereka tetap berusaha mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan ini merupakan bukti yang jelas bahawa Ummah Islamiyah pada hakikatnya masih punya potensi untuk bangkit semula.

Tabiat Kemenangan dan Pembelaan

Kemenangan dan pembelaan buat Nabi Muhammad s.a.w. serta ajarannya mestilah dengan kaedah yang praktikal dan berkesan. Ia bukannya reaksi yang lahir secara spontan kemudian menghilang, sekalipun reaksi tersebut sewajarnya dipuji namun mestilah dengan syarat ianya dilakukan secara aman dan tidak melibatkan kerosakan lebih-lebih lagi mencabuli kemuliaan anak Adam..!!!

Kemenangan atau pembelaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. mestilah dengan menzahirkan unsur toleransinya, kemuliaannya, kekuatan kebenarannya sambil menerangkan petunjuk-petunjuk ketamadunan yang maha hebat, menyerlahkan ketinggian akhlaknya sehingga terhadap mereka yang menentang dan bermusuh dengannya. Allah subhanahu wa taala (s.w.t.) berfirman

(وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلاَمَ اللّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ)

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” (Surah At-Taubah: ayat 6)

Ia sepatutnya disusuli dengan membuat kajian terperinci terhadap Sirah (sejarah) Nabi kita s.a.w. di kalangan pelajar di sekolah dan universiti hingga ia menjadi suatu yang hidup di tengah-tengah masyarakat sebagai model terbaik untuk diteladani.

Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan bukan juga yang terakhir. Cukuplah bagi kita dengan apa yang telah ditunjukkan oleh al-Quran. Al-Quran telah menceritakan tentang tuduhan, umpatan, cacian golongan kafir dan musyrikin terhadap Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. dituduh gila, tukang sihir, pemecah belah masyarakat dan sebagainya, yang tidak logik pada akal lebih-lebih lagi Baginda s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terpilih.

Tuduhan dan tohmahan seumpama ini juga telah berlaku kepada semua para Rasul utusan Allah s.w.t. Mereka menghadapi semua itu dengan bijaksana dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi murahan musuh.

Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul. Kenapa? Kerana Allah s.w.t. yang mengutus mereka ke alam ini. Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya. Allah s.w.t. berfirman:

"والله يعصمك من الناس" (المائدة:67)

Maksudnya: 'Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia'.

" إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ"(الحجر:95)

Maksudnya: 'Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu'.

" وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ"(الشرح:4).

Maksudnya: 'Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)'.

Faedah Perlakuan Jahat Ini

Namun yang peliknya ialah perlakuan jahat musuh-musuh Islam sebenarnya membawa faedah kepada Ummah Islamiyah, antaranya:

1. Tajdid Iman dengan Nabi Muhammad s.a.w. bukan pada peringkat peribadi atau masyarakat atau Negara, bahkan di peringkat Ummah Islamiyah keseluruhannya. Isu ini menambat hati-hati ummah dan menambahkan rasa kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w.

2. Kebanjiran orang-orang barat (non-muslim) ke Islamic Center di negara-negara Barat. Ramai yang datang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rasulullah s.a.w. Ramai dari kalangan mereka telah memeluk agama Islam dengan sebab itu.

3. Isu ini telah membingungkan pentadbiran negara-negara Barat. Agama Islam telah masuk dan mempengaruhi rakyat Barat. Dalam masa yang singkat sahaja sejak filem tersebut disebarkan, Islam dijulang dan kalimahnya mendominasi persada antarabangsa. Allahu Akbar Walillahil Hamd……

Saya mengambil kesempatan di sini ingin mengajak segenap lapisan masyarakat di negara ini agar bertenang dan optimis bahawa Allah s.w.t. merancang yang terbaik bagi agama ini.

Menolong dan membela Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dibataskan dengan slogan-slogan, syiar-syiar dan demonstrasi sahaja. Bahkan kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. mesti dibuktikan dengan perkara yang lebih asas lagi, iaitu mempelajari, mengikuti perjalanan hidupnya serta menyebarkan akhlaknya kepada masyarakat. Tanpa ini semua, slogan, syiar dan demonstrasi tidak memberi makna apa-apa.

Akhukum,

Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

Pengerusi JK Tarbiah

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumber: Kewajipan Kita Membela Nabi Muhammad s.a.w...

Dunia Islam baru sahaja dikejutkan dengan penyebaran filem yang menyakiti Nabi s.a.w. Ia telah dilakukan oleh seorang Yahudi Amerika yang pernah membakar Al-Quran satu ketika dahulu. Reaksi spontan terhadap penyebaran filem jahat ini sebenarnya memberi satu gambaran positif dan bukti ‘keberkatan’ bahawa Ummah Islamiyah masih wujud, ruhnya masih hidup, masih punya kekuatan, masih punya harapan. Rasulullah s.a.w. amat berbangga dengan sikap seperti ini seumpama ‘singa yang mengaum’, menyatakan kesanggupan berkorban untuk melindungi kesucian agama dan sanggup mati demi agamanya.

Demikianlah sikap Ummah Islamiyah terhadap agamanya. Adakalanya ia menjadi lemah, namun ia belum mati. Ketika ia lemahpun.. sejarah membuktikan ia cuba sehabis kemampuan yang ada untuk bangkit mempertahankan tempat-tempat suci dan syiar-syiar agama maha mulia ini. Bukti terdekat ialah bagaimana saudara-saudara kita di Syria; sekalipun bermandikan darah dan ribuan telah gugur syahid, mereka tetap berusaha mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan ini merupakan bukti yang jelas bahawa Ummah Islamiyah pada hakikatnya masih punya potensi untuk bangkit semula.
Tabiat Kemenangan dan Pembelaan
Kemenangan dan pembelaan buat Nabi Muhammad s.a.w. serta ajarannya mestilah dengan kaedah yang praktikal dan berkesan. Ia bukannya reaksi yang lahir secara spontan kemudian menghilang, sekalipun reaksi tersebut sewajarnya dipuji namun mestilah dengan syarat ianya dilakukan secara aman dan tidak melibatkan kerosakan lebih-lebih lagi mencabuli kemuliaan anak Adam..!!!
Kemenangan atau pembelaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. mestilah dengan menzahirkan unsur toleransinya, kemuliaannya, kekuatan kebenarannya sambil menerangkan petunjuk-petunjuk ketamadunan yang maha hebat, menyerlahkan ketinggian akhlaknya sehingga terhadap mereka yang menentang dan bermusuh dengannya. Allah s.w.t. berfirman:
(وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلاَمَ اللّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ)
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)”.
(Surah At-Taubah:ayat 6)

Ia sepatutnya disusuli dengan membuat kajian terperinci terhadap Sirah (sejarah) Nabi kita s.a.w. di kalangan pelajar-pelajar  di sekolah-sekolah dan universiti-universiti hingga ia menjadi suatu yang hidup di tengah-tengah masyarakat sebagai model terbaik untuk diteladani.
Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan bukan juga yang terakhir. Cukuplah bagi kita dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran. Al-Quran telah menceritakan tentang tuduhan, umpatan, cacian golongan kafir dan musyrikin terhadap Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. dituduh gila, tukang sihir, pemecahbelah masyarakat dan sebagainya yang tidak logik pada akal lebih-lebih lagi Baginda s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terpilih.
Tuduhan dan tohmahan seumpama ini juga telah berlaku kepada semua para Rasul utusan Allah s.w.t. Mereka menghadapi semua itu dengan bijaksana dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi murahan musuh.
Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul. Kenapa? Kerana Allah s.w.t. yang mengutus mereka ke alam ini. Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya. Allah s.w.t. berfirman:
"والله يعصمك من الناس" (المائدة:67)
Maksudnya: 'Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia'.
" إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ"(الحجر:95)
Maksudnya: 'Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu'.
" وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ"(الشرح:4).
Maksudnya: 'Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan).
Faedah Perlakuan Jahat Ini
Namun yang peliknya ialah perlakuan jahat musuh-musuh Islam sebenarnya membawa faedah kepada Ummah Islamiyah, antaranya:
1. Tajdid Iman dengan Nabi Muhammad s.a.w. bukan pada peringkat peribadi atau masyarakat atau Negara, bahkan di peringkat Ummah Islamiyah keseluruhannya. Isu ini menambat hati-hati ummah dan menambahkan rasa  kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w.
2. Kebanjiran orang-orang barat (non-muslim) ke Islamic Center di negara-negara Barat. Ramai yang datang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rasulullah s.a.w. Ramai dari kalangan mereka telah memeluk agama Islam dengan sebab itu.
3. Isu ini telah membingungkan pentadbiran negara-negara Barat. Agama Islam telah masuk dan mempengaruhi rakyat barat. Dalam masa yang singkat sahaja sejak filem tersebut disebarkan, Islam dijulang dan kalimahnya mendominasi persada antarabangsa. Allahu Akbar Walillahil Hamd……
Saya mengambil kesempatan di sini ingin mengajak segenap lapisan masyarakat di negara ini agar bertenang dan optimis bahawa Allah s.w.t. merancang yang terbaik bagi agama ini.
Menolong dan membela Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dibataskan dengan slogan-slogan, syiar-syiar dan demonstrasi sahaja. Bahkan kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. mesti dibuktikan dengan perkara yang lebih asas lagi, iaitu mempelajari, mengikuti perjalanan hidupnya serta menyebarkan akhlaknya kepada masyarakat. Tanpa ini semua, slogan, syiar dan demonstrasi tidak memberi makna apa-apa.
Akhukum,
Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
Pengerusi JK Tarbiah
Pertubuhan Ikram Malaysia
Read 5341 times Last modified on Sunday, 23 September 2012 18:41

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!