Print this page
Saturday, 02 July 2016 08:00

Fahami Peranan Disebalik Kurniaan - Dr. Adeeb Hayyan

Rate this item
(0 votes)

Fahami Peranan Disebalik Kurniaan adeeb hayyan

Sabtu, 2 Julai 2016 - "Selalulah beringat: Allah memberi aku kurniaan ini, pasti aku ada peranan untuk menyumbang kepada ummah", pesan Dr. Adeeb Hayyan dalam Perhimpunan Ramadhan IKRAM Wilayah Persekutuan (PERAWI) siang tadi.

Beliau mengingatkan bahawa amat beruntung kita dapat melalui Ramadhan dalam keadaan aman berbanding negara-negara Islam yang lain seperti Syria dan Palestin.

"Sangat penting apabila Allah memberi kita nikmat memburu Lailatul Qadar, meraikan Aidilfitri, dan nikmat bertemu keluarga serta sanak saudara, tanya diri kita: 'Mengapa Allah mengurniakan aku nikmat ini, bukan orang lain?'"

Beliau yang juga seorang warga Syria turut mengingatkan agar sentiasa berdoa dan menyumbang semampu mungkin untuk saudara seaqidah di tanah airnya dan negara-negara lain yang turut tertindas.

PERAWI'16 yang berlangsung di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai tadi juga menampilkan Ustaz Shahrom, Dr. Harlina Halizah, 'Pak Ngah' Ghafar serta barisan saudara baru iaitu Ikram Yeo Wee Kiat dan Nurul Lim.

Read 2026 times Last modified on Sunday, 03 July 2016 07:07

Related items

DMC Firewall is a Joomla Security extension!