Tujuan saya ke kursus DDMM adalah untuk mengetahui tentang orang India dan Cina. Kerana saya ada kawan berbangsa India dan berbangsa Cina yang belum Islam. Mereka sangat baik. Jadi bersalah pula rasanya sebab tak menyampaikan tentang Islam. Tak sangka kami akan didedahkan dengan 'Street Dakwah'.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menyertai DDMM Fasa Satu ini walaupun hanya sempat sertai hari kedua sahaja.
Tujuan saya menghadiri kursus ini adalah kerana ingin menambahkan pengetahuan mengenai kepercayaan masyarakat Cina, India dan Kristian bagi dijadikan 'starting point' untuk bersembang santai di tempat kerja nanti.
Saya telah menyertai kursus DDMM beberapa kali tetapi tidak pernah menyertai 'street dakwah'. Alhamdulillah, Allah memilih saya menyertai 'street dakwah' buat kali pertama pada hari ini.
Amat sukar untuk saya mengikis perasaan malu dan takut yang menebal dalam diri saya. Tetapi, dengan penuh keazaman dan tawakkal kepada Allah saya menghampiri seorang penjual wanita berbangsa Cina.
17 April - Bengkel Asas Fotografi telah diadakan di Surau Al-'Izzah Taman Samudera, Batu Caves. Bengkel anjuran bersama KRT Taman Samudera A Fasa 1 (TSAF1) Surau Al-'Izzah serta IKRAM Daerah Batu ini disertai oleh 19 orang dari kalangan belia dan remaja.
IKRAM Wilayah
INFO - Sejarah | Hubungi
MEDIA - Facebook | Youtube
IKRAM DAERAH - Bandar Tun Razak | Batu | Lembah Pantai | Setiawangsa | Putrajaya