Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu 2016
Written by Admin Terengganu
Pada 8 April 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu untuk sesi 2016-2018. Mesyuarat ini diadakan di Hotel UiTM Dungun Terengganu dan melibatkan semua perwakilan seluruh daerah negeri Terengganu. Mesyuarat kali ini juga melibatkan pembentangan laporan yang lepas, penyata kewangan dan berlakunya pemilihan JK Negeri Terengganu yang baharu. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu diketuai oleh Tuan Haji Abas bin Sahat selaku YDP IKRAM Terengganu.
Mesyuarat Agong Daerah Kuala Terengganu 2016
Written by Admin TerengganuPada 11 Mac 2016 (Jumaat) yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Daerah Kuala Terengganu Sesi 2015-2016, bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Bendahari IKRAM Terengganu iaitu Tuan Haji Abas bin Sahat yang mewakili JKN IKRAM Terengganu. Selain daripada agenda pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2015, agenda pemilihan jawatankuasa daerah yang baharu juga dibuat dengan lancar dan baik. Tahniah kepada Yang DiPertua IKRAM K Trg yang baharu En. Jalaluddin bin Adam bersama ahli jawatankuasa daerah yang baharu.
Hari ini 16 Januari 2016 Sabtu bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, berlangsungnya seminar interaktif Modul Pengurusan Kewangan Keluarga anjuran Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA) IKRAM Negeri Terengganu. Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Abas bin Sahat yang juga merupakan Bendahari IKRAM Terengganu sudi berkongsi ilmu bagaimana mengurus kewangan keluarga termasuk juga sasaran "financial freedom". Tahniah buat peserta dan urusetia.
30 Mei 2015, telah berlangsunng Konsert Mycare Palestine anjuran MyCare Terenggaanu bersama Universiti Sultan Zainal Abidin di Stadium Tertutup Gong Badak.
IKRAM Terengganu
INFO -Sejarah | Hubungi
ORGANISASI - Jawatankuasa Negeri | JK Kuala Terengganu | JK Kemaman | JK Dungun | JK Besut
DAERAH - Kuala Terengganu | Kemaman | Dungun | Besut
GALERI FOTO- Aktiviti Masyarakat | Belia | Remaja | Dakwah | Tarbiah