Print this page
Thursday, 23 April 2020 18:45

Pelancaran Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak

Rate this item
(0 votes)

poster pelancaran semarak ramadhan 1441H IKRAM Sarawak.jpeg

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2020 kali ini, IKRAM Sarawak telah melancarkan Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak bagi menyemarakkan sambutan bulan mulia ini. Memandangkan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak COVID19 yang melanda negara ketika ini, pelancaran tersebut telah diadakan secara maya melalui sesi FB Live pada Rabu 22 April 2020 jam 9.00 malam melalui laman FB rasmi IKRAM Sarawak.

Kempen Semarak Ramadhan oleh IKRAM Sarawak kali ini membawa tema "Ramadhan: Dalam Musibah Amal Bertambah" bersempena dengan situasi wabak COVID19 di mana semua rakyat Malaysia telah terkesan dengan wabak ini serta kerajaan terpaksa melaksanakan perintah Kawalan Pargerakan. Majlis perasmian kempen telah dihoskan oleh saudara Mohd Azrin Mohd Said dan dimulakan dengan bacaan tilawah Al Quran oleh saudara Abdullah Rabbani dan seterusnya pengisian tazkirah oleh saudara Kautsar Ali. Kemuncak majlis pelancaran ialah perutusan Yang DiPertua IKRAM Negeri Sarawak, saudara Abg Mohd Shukri Abg Muis. Di dalam perutusan beliau, Abg Mohd Shukri telah menekankan akan kepentingan mewujudkan suasana Rabbaniyah di dalam keluarga dalam keadaan PKP masakini, di mana ketua keluarga disarankan mempersiapkan ahli keluarga untuk melaksanakan amal ibadah bersama-sama, melazimi tazkirah dan bacaan bahan ilmu, meningkatkan amalan sedekah, dan menyokong usaha-usaha kebaikan. Majlis pelancaran juga telah diserikan dengan nyanyian nasyid oleh belia Harmoni Sarawak dan video khas ucapan ahli IKRAM Sarawak kepada semua pendengar. 

Majlis pelancaran seumpama ini merupakan yang julung kali diadakan secara maya bagi mengajak seluruh umat Islam di Sarawak khususnya bersiap sedia menyambut Ramadhan yang istimewa dalam keadaan wabak yang melanda masakini.

Warga IKRAM Sarawak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini dengan amalan yang terbaik dan diganjarkan kebaikan oleh Allah swt.

 

 

Read 235 times Last modified on Friday, 24 April 2020 10:35
Our website is protected by DMC Firewall!