wrapper

Berita Terkini

الأحد 18 ربيع الثاني 1441   |   Monday 16 December 2019
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Tuesday, 30 June 2015 08:00

Solat Tarawih Bersama Imam Palestin

Rate this item
(0 votes)

Imam Palestin Mahmoud Ahmad bersama kanak kanak yang hadir

Isu Palestin adalah isu sejagat. Maka setiap daripada kita harus memahami ataupun sekurang-kurangnya ambil peduli akan isu ini.

Justeru, MyCare iaitu badan kemanusiaan Pertubuhan IKRAM Sarawak mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Ramadan Bersama Imam Palestin sepanjang Ramadan tahun ini.

Program yang diadakan pada setiap tahun di seluruh negara yang bermula pada tahun 2011 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menunaikan ibadah bersama imam Palestin dan seterusnya memberi penerangan terhadap krisis-krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

 

Jadual Imam Palestin di seluruh Sarawak

Di Sarawak, Program Ramadan Bersama Imam Palestin telah diadakan di beberapa daerah seperti Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah pada 18-30 Jun 2015.

Antara isi tazkirah yang disampaikan oleh Imam Palestin, Imam Mahmoud Ahmad selain perkongsian tentang pengalaman berhadapan dengan tentera Zionis Israel di Palestin, beliau turut menekankan betapa pentingnya umat Islam kini hidup menurut acuan al-Quran. Umat Islam turut digesa untuk menghafal al-Quran semampunya dan menjadikan Ramadan sebagai titik permulaan dan perubahan.

Program Bersama Imam Palestin akan diadakan di masjid-masjid di sekitar Sarikei, Kota Samarahan dan Kuching pada 1 hingga 11 Julai 2015.

MyCare merupakan salah satu badan yang yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia bertujuan menyantuni isu-isu kemanusiaan luar negara.

Terdapat beberapa buah agensi yang bernaung di bawah MyCARE iaitu Aqsa Syarif, IKRAM for Syria (i4S), Salam Iraq, Nusantara Care, Rose2Rose dan Palestine Centre of Excellence(PACE) yang masing-masing akan memberi fokus kepada negara-negara di bawah kelolaan masing-masing.

Sebarang sumbangan anda boleh disalurkan ke nombor akaun 5515 7500 4299 (Maybank Islamic Berhad), 8602 135 592 (CIMB Islamic Bank Berhad) dan 1209 2010 0349 04 (Bank Islam Malaysia Berhad) atas nama "Humanitarian Care Malaysia Berhad".

Sebarang maklumat terkini tentang program ini, anda boleh like laman Facebook Ikram-Sarawak agar anda tidak ketinggalan!

Jemaah masjid berlumba lumba untuk menghulurkan sumbangan dalam program bersama Imam Palestin di Miri

Read 1733 times Last modified on Wednesday, 08 July 2015 15:35

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd