wrapper

Berita Terkini

الأحد 29 جمادى الثانية 1441   |   Sunday 23 February 2020
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Saturday, 24 September 2016 08:00

Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak

Written by

Agihan_daging_korban_kepada_masyarakat_sekitar.jpg

Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu.

IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah bertempat di Sungai Bedaun, Santubong bersama masyarakat sekitar pada 13 September yang lepas.

Selain itu, IKRAM kawasan Sibu turut tidak ketinggalan untuk melaksanakan progran ibadah korban bersama masyarakat melalui Program Ibadah Qurban dan Gempuru' Iban Muslim Ngintu Raya Qurban pada 15 September 2016. Program yang diadakan di Skuau dan Batu 16 Sibu ini merupakan anjuran bersama YADIM Sibu, IKRAM Kawasan Sibu, JAIS Sibu, USK Sibu, JAKIM Sibu, Baitulmal Sibu, PERKIM Sibu, HIKMAH Sibu, Street Motorbike Club Sibu dan Rakan IIC Sibu.

IKRAM kawasan Bintulu juga menjadi rakan kerjasama Program Qurban 1437H anjuran YADIM, Bintulu bersama Urusetia Saudara Kita bagi meraikan masyarakat Penan Muslim di Balairaya Kampung Penan Batu 13 pada 12 September yang lepas.

Sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf di Kampung Penan Batu 13, Kampung Yoh, Kampung Maskat dan Rumah Panjang Resa.

Saturday, 17 September 2016 08:00

Skuad IKRAM Miri Prihatin Sempena Hari Malaysia

Written by

Skuad_IKRAM_Prihatin_copy.jpg

MIRI - Bersempena Hari Malaysia, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Miri (i-bantu Miri) melalui #SkuadIKRAMPrihatin sekali lagi mengadakan program Istimewa Hari Malaysia bertempat di Tapak Parkir, Taman Bulatan, Miri pada 17 September 2016.

Program seumpamanya pernah diadakan sebelum ini pada hari Malaysia tahun 2015 di tempat yang sama.

Melalui program ini, Skuad IKRAM Prihatin memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama mengekspresikan semangat keharmonian dan kesatuan dengan mengajak orang ramai untuk memberi dan mengumpul pakaian terpakai serta makanan.

Makanan dan pakaian terpakai yang dikumpul ini diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan merentasi sempadan agama dan warna kulit.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar dan rata-rata mereka berharap program seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang.

i-Bantu merupakan sayap khidmat masyarakat kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia terus prihatin dan komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

capture-20160606-012843.png

Perutusan YDP IKRAM Sarawak Sempena Ramadhan

Ramadhan Madrasah Tarbiah, Menjana Perubahan.

1 Ramadhan 1437 H


Segala puji bagi Allah Ta’ala yang telah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan lainnya, mengistimewakannya dengan turunnya Al-Quran dan kewajipan berpuasa pada bulan ini, penghapus dosa dan nista. Selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.


عن ابي هريرة رضي الله عنه قال:كان النبي صلى الله عليه وسلامه يبشر اصحابه يقول:قد جاءكم شهر رمضان شهر مبارك كتب الله عليكم صيامه وتفتح ابواب الجنان وتغلق ابواب الجحيم وتغل فيه الشياطين وفيه ليلة خير من الف شهر ومن حرم خيرها فقد حرم.(رواه الامام احمد)


“Telah datang kpd kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berakah, bulan diwajibkan berpuasa, di bulan ini semua pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan dibelenggu syaitan, di bulan ini ada satu malam yang lebih baik nilainya dari seribu bulan maka barang siapa yg tidak mendapatkan kebaikannya maka sekali-kali tidak akan mendapatkannya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bergembiralah wahai anggota IKRAM Sarawak khususnya dan umat Islam sekalian amnya dengan penghabaran terbukanya segala pintu syurga, tertutupnya segala pintu neraka dan terbelengunya para syaitan di bulan ini. Ahlan ya Ramadhan, tetamu agung dan penghulu segala bulan. Selamat datang bulan yang menyuburkan ketaatan dan ibadah kepada yang maha pencipta. Lantaran itu, marilah kita menginsafi dan bermuhasabah diri atas apa yang telah kita lakukan selama sepeninggalah Ramadhan 1436H yang lalu. Marilah kita berjanji pada Allah azzawajalla dan pada diri kita bahawa Ramadhan 1437H ini akan menjadi pembersih hati jiwa dan pembangun akhlak peribadi yang lebih mulia di sisi Allah Ta’ala. Guna untuk meneruskan hidup yang penuh pengabdian kepada hanya sanya Allah Ta’ala pencipta sekalian alam setelah selesainya kita melayari madrasah Ramadhan kali ini.

Dalam kesempatan ini saya menyeru ahli anggota IKRAM Sarawak khususnya supaya memastikan diri kita termasuk dalam golongan orang-orang yang saling bersegera mendahului untuk membuat ketaatan kepada Allah yang maha pengasih. Semoga kita tidak ketinggalan di belakang sebagai orang-orang yang berlengah-lengah, terhakis lenyap kemahuan bersungguh-sungguh untuk beramal sehingga termasuk dalam golongan orang-orang yang menyesal dan merasa kerugian besar di akhir Ramadhan nanti. Marilah kita memulihkan hati jiwa serta mengembalikan hak fitrah anggota badan lainnya yang telah dirampas oleh runtunan nafsu luar kawalan kita sepanjang tahun yang sudah berlalu. Mari melangkah ke gerbang Ramadhan dengan iman dan ihtisab serta diterima semua amal kita.

Saya ingin mengenengahkan sebuah analogi. Seorang anak yang kelaparan, lantas menyerbu masuk ke dalam rumah langsung bertanya kepada ibu. “Ibu, nak makan, lapar!”. Si ibu dengan penuh kasih sayang lantas menjawab “Tu ada makanan atas meja, makanlah.” Si anak terus ke luar rumah, tidak menjamah walau sesuap nasi pun. Selang 3 jam kemudian, si anak kembali dan melontarkan soalan yang sama “Ibu, nak makan. Laparlah!”. Sekali lagi, si ibu memberi jawapan yang sama “Tu makanan atas meja, makanlah!”. Namun si anak terus berlari ke luar rumah. Tidak menjamah walau sesuap makanan pun. Begitulah perumpamaan seorang hamba yang melakukan solat setiap waktu, berkali-kali memohon kepada Allah “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus!”. Dan tatkala Allah menjawab di dalam surah berikutnya “Itulah kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi yang bertaqwa.” Namun si hamba berlagak tidak peduli, masih tidak mahu mentelaah kandungan Al-Quran. Tatkala tiba solat berikutnya, dia meminta lagi kepada Allah “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus!”. Dan Allah menjawab dengan ayat berikutnya “Itulah Al-Kitab! Petunjuk bagi yang bertaqwa.” Dan sekali lagi si hamba tidak mengendahkannya dan berterusan tidak mengerti kandungan Al-Quran. Apakah kita seperti insan itu? Tidak meletakkan Al-Quran sebagai fokus kehidupan. Berasa cukup senang dengan hanya melontarkan bunyi-bunyinya dan masih gagal memahami perintah Allah dalam setiap tingkah kehidupan kita.

Seharusnya Al-Quran mencorakkan bagaimana kita berinteraksi dengan pasangan, bagaimana kita mendidik anak-anak, bagaimana kita mengurus perniagaan kita, bagaimana kita ke tandas, bagaimana kita berinteraksi dengan masyarakat dan sebagainya. Apakah Al-Quran telah benar-benar mencorakkan kehidupan kita? Dan bulan Ramadhan adalah bulan yang tepat untuk melakukan perubahan dalam diri kita. Bermula dengan latihan mengawal nafsu makan, pastinya setiap sisi kehidupan kita turut mampu dikawal dengan iman, berlandaskan petunjuk Al-Quran. Ramadhan, bulan Al-Quran. Ramadhan, bulan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan kita. Mohonlah pada Allah untuk menganugerahkan kepada kita keistimewaan untuk mengahayati Al-Quran dengan sebenar-benarnya.

“ Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (antara haq dan batil) ” ( Al-Baqarah:185)

Maka jelaslah hubungan berpuasa, membaca dan menghayati Al-Quran dengan petunjuk ilahi.
Ikhwah- akhawat yang dirahmati Allah, Ramadhan juga merupakan bulan yang mampu menyerlahkan sifat pemurah dan gemar berbuat kebajikan dalam diri kita. Pada bulan Ramadhan inilah Rasulullah s.a.w melipatgandakan kedermawan baginda.

“ Nabi s.a.w. adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril a.s. untuk membacakan kepada Al-Quran. Jibril a.s. menemui Rasulullah s.a.w. setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran. Rasulullah s.a.w. ketika ditemui Jibril a.s. lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dengan kita banyak memberi dan bersedekah pada bulan yang Allah Ta’ala telah tetapkan ganjarannya yang berlipat ganda. Apabila digandingkan amal puasa dengan sedekah ianya menjadi sebab untuk masuk syurga. Berpuasa, bersedekah dan mendirikan solat tahajud ketika orang lain sedang tidur pula adalah penghapus dosa-dosa dan menjauhkan kita dari api neraka.

“ Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagai mana air memadamkan api ” (Hadis riwayat At Tirmidzi)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan barakah pada bulan mulia ini. Moga anugerah taqwa menjadi milik kita. Moga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiah, penjana perubahan bagi diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Selamat berdamping dengan Ramadhan al-mubarak, demi mendapat keredhaan Allah Ta’ala.

Hj Ibrahim b Mohamad
Yang Di Pertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak

e6cfb3d4-ceab-4ce8-9fbe-5165f3c22c3a.jpg

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak

9 MEI 2019 BERSAMAAN 2 SYAABAN 1437H

Tahniah Rakyat Sarawak, Tahniah Tok Nan

IKRAM Negeri Sarawak (IKRAM) merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi di seluruh negeri Sarawak yang telah keluar menjalankan tanggungjawab dengan baik dan aman pada Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11, 7 Mei 2016 lalu. Dengan peratusan jumlah keluar mengundi pada kadar 70%, adalah di harapkan, kepedulian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih akan lebih meningkat di masa hadapan.

IKRAM seterusnya merakamkan ucapan tahniah ke atas YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem kerana telah diberi mandat dan kepercayaan semula oleh pengundi Sarawak untuk membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Pada masa yang sama, IKRAM juga berharap agar mekanisme semak dan imbang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terus berlaku dengan berkesan, dengan adanya calon-calon pembangkang yang juga telah diberi kepercayaan oleh rakyat sebagai wakil rakyat.

IKRAM selaku sebuah NGO, bersama rakyat berbilang kaum di Sarawak, menanti dengan penuh harapan, kepada kerajaan negeri yang telah mendapat semula mandat, untuk memanifestasikan 15 janji utama dalam manifesto Barisan Nasional negeri pada PRN kali ini. Adalah didoakan semoga YAB Ketua Menteri Sarawak dapat menjalankan tugas pemimpin negeri dengan penuh amanah dan adil dibawah tuntunan Allah s.w.t. di dalam segala urusan.

“Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (An-Nisa’: 58)

IKRAM berharap untuk terus berpeluang dalam melakukan amal-amal dakwah, pembangunan insan dan kebajikan untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan. Adalah harapan kami juga untuk terus bekerjasama dengan institusi dan agensi kerajaan dalam usaha-usaha ke arah pembaikan dan pembangunan yang seimbang di dalam negeri Sarawak yang dicintai ini.

Semoga Sarawak menjadi negeri rahmat serta terus aman dan maju.

Haji Ibrahim Mohamad
Yang Di Pertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak

Page 3 of 30

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!