wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 شعبان 1441   |   Tuesday 07 April 2020
Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid-19
  Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid19   Seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Covid-19. Sebelum ini, kita hanya mendengar di media wabak ini melanda di China. Macam
Perutusan YDPN IKRAM Sarawak sesi 2020-2022
    IKRAM Sarawak, Bersedia Berkhidmat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,   Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan nikmatNYA ke atas setiap diri
Tahniah kepimpinan baharu IKRAM Sarawak
Kepimpinan baharu Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak bagi sesi 2020-2022 telah dipilih secara undian pada Majlis Perwakilan Negeri (MPN) yang telah diadakan di Dewan Seminar, Islamic Information Center (IIC) di
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Monday, 06 April 2020 19:06

Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid-19

Written by

HIKMAH DI SEBALIK WABAK COVID-19.jpg

 

Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid19

 

Seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Covid-19. Sebelum ini, kita hanya mendengar di media wabak ini melanda di China. Macam tidak percaya, malah seluruh dunia digegarkan oleh Covid-19.

Arahan utama dan tegas seperti Covid-19 Stay at Home, Stay Safe sudah dikeluarkan. Namun, ramai yang masih ingkar. Pada permulaan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya berlangsung selama dua minggu. Namun, kerajaan terpaksa menambah tempoh tersebut sehingga 14 April ini. Kini, kita terpaksa disuruh duduk di rumah selama sebulan. Pelbagai perkara berlaku secara drastik dan tidak kurang juga dramatik. Emosi berbaur, ada yang cemas, ada yang menganggap ia dapat digurau senda, ada yang degil, ada yang tergamam dan tidak kurang juga yang tenang dalam keadaan kalut. Itulah kesan daripada makhluk Tuhan dinamakan Covid-19 ini.

 

Di sebalik musibah Covid-19

Masalah trafik di sempadan Johor-Singapura dan Kuala Lumpur semakin kurang. Harga petrol semakin murah pada RM1.44 seliter. Penggunaan kereta dapat dikurangkan. Jika digunakan untuk perkara penting, baru mahu bergerak. Sehubungan itu, kualiti udara semakin bagus.

 

Mula memasak

Buku resepi sudah pun mula dibelek-belek, maklumlah, ramai mencari idea memasak untuk dihidangkan kepada keluarga setiap hari. Menariknya, ramai dapat Berjaya membuat roti sendiri, susu pekat sendiri dan tanam tauge sendiri di rumah. Implikasinya, ekonomi mungkin meningkat sebab rakyat membeli sampai licin di pasar raya bagi menyimpan stok di rumah. Namun, arahan dikeluarkan hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar, maka ramai pula suami mula mengenal bahan keperluan asas.

Kes kemalangan jalan raya semakin turun. Suami, isteri dan anak-anak mempunyai banyak masa bersama-sama sambal menonton televisyen. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan melaksakan solat lima waktu secara penuh dan amal ibadah banyak dilakukan. Rumah tangga harmoni sebab suami isteri serta anak-anak saling membantu. Syukur!

 

Jangan lupa golongan kurang bernasib baik

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, jangan lupa saling membantu kerana tidak semua bernasib baik akibat kesan Covid-19 berlaku. Di luar sana, ramai keluarga yang terkesan di sebabkan ancaman wabak ini. Sesetengah pihak tidak cukup makan disebabkan mata pencarian tidak dapat dijalankan dan ada yang ibuang kerja. Umpamanya dalam kalangan peniaga, peniagakecil makanan, mereka yang bekerja sendiri dan ketua keluarga yang ramai tanggungan. Golongan pelajar universiti juga tidak kurang terjejas. Semua agama menyarankan penganutnya melakukan amal kebajikan terutama dalam suasana negara ditimpa musibah kritikal akibat Covid-19. Kita selaku rakyat yang bertanggungjawab harus cuba sedaya upaya membantu negara dan menyokong serta mendukung apa-apa yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Kita juga digalakkan bersededekah, kerana ini bertepatan pesanan Rasulullah SAW ketika wabak adalah melakukan amal bersedekah, kerana sedekah dapat menolak 70 jenis segala bala bencana.

Selepas ini, kita digalakkan melakukan segala kebaikan yang kita peroleh daripada wabak ini. Terima kasih Covid-19 kerana mendidik kami kembali kepada fitrah kehidupan yang sebenar. Semoga kita terus dipelihara olehTuhan sepanjang kehidupan dengan penuh bertanggungjawab dan merendah hati. Tiada siapa lebih berkuasa, tiada siapa yang lebih kaya dan hebat kecuali-Nya kerana hanya dengan makhluk Allah yang kecil seperti Covid-19 telah dapat menggegar dunia. Itulah pengajaran terbesar daripada Allah swt kepada kita semua!

 

Sekian, terima kasih dan semoga bermanfaat. Wallahua’lam.

 

Puan Shamsiah Jayos ialah kaunselor dan merupakan ahli IKRAM Sarawak.

(Artikel ini dipetik dari Sarawak Voice yang diterbitkan pada 4 April 2020)

Sunday, 05 April 2020 12:57

Perutusan YDPN IKRAM Sarawak sesi 2020-2022

Written by
 
PERUTUSAN YDPN 2020 V4.jpg
 
IKRAM Sarawak, Bersedia Berkhidmat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan nikmatNYA ke atas setiap diri kita. Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah SWT atas pemilihan kepemimpinan baharu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sarawak bagi sesi 2020-2022 semasa Majlis Perwakilan Negeri (MPN) yang lepas.
 
Sekilas pengenalan IKRAM Sarawak merupakan sebuah NGO Islam yang berfokuskan kepada aspek Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan dalam masyarakat majmuk. IKRAM Sarawak mempunyai beberapa cawangan organisasi iaitu IKRAM Kuching, IKRAM Kota Samarahan, IKRAM Sibu, IKRAM Bintulu dan IKRAM Miri. Malahan IKRAM Sarawak turut mempunyai ahli di Brunei dan juga Indonesia. 
 
 
Sebagai Muslim, kami percaya bahawa prinsip dan nilai-nilai Islam merupakan unsur yang penting dalam pembangunan negara, dan jika dijelaskan dengan betul, ia bahkan dapat diterima dalam masyarakat yang berbilang budaya dan agama seperti di negeri dan negara kita.
 
IKRAM Sarawak beriltizam untuk terus komited dalam aspek perkongsian dan muafakat yang kukuh antara pelbagai pemegang taruh, tanpa mengira kaum atau agama. Kami bersedia berkhidmat untuk negeri dan negara dengan memberikan sumbangan terbaik dengan kadar kemampuan kami.
 
Dalam kesempatan ini, saya menyeru semua ahli IKRAM Sarawak terus siap sedia untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan memperbaiki diri seterusnya meningkatkan amal soleh serta menyumbang khidmat dan menyebarkan kebaikan kepada keluarga, ummah, masyarakat dan negara.
Marilah berazam untuk membangunkan negara ke arah yang lebih baik, rahmah, makmur dan dibebaskan dari wabak yang melanda ini serta mendapat keampunan Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam al-Quran sebagai "baldatun tayyibatun warabbun ghafuur".
 
 
Marilah kita bersama-sama terus berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, memohon keampunan dan melipatgandakan usaha dalam persiapan menuju Ramadan 1441Hijrah yang bakal tiba.
 
“Ya Allah Yang Maha Penyayang! Kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah rasa rahmah dan kasih sayang antara kami, kekalkanlah perpaduan dalam kalangan kami. Semoga dengannya negara mendapat keberkatan, keredaan dan keampunan-Mu.”
 
 
Abg Mohd Shukri bin Abg Muis
Yang Dipertua 
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sarawak
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Friday, 03 April 2020 12:22

Tahniah kepimpinan baharu IKRAM Sarawak

Written by

MPN 2020 group photo.jpeg

Kepimpinan baharu Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak bagi sesi 2020-2022 telah dipilih secara undian pada Majlis Perwakilan Negeri (MPN) yang telah diadakan di Dewan Seminar, Islamic Information Center (IIC) di Kuching pada Ahad, 23 Februari 2020 yang lalu. Majlis Perwakilan Negeri kali ini telah dihadiri oleh lebih 60 orang perwakilan IKRAM dan pemerhati dari seluruh Sarawak iaitu mewakili Kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dan Kota Samarahan. Majlis telah dimulakan pada jam 11 pagi dan ucapan perasmian telah disampaikan oleh wakil Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM Malaysia iaitu Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menekankan akan tiga fokus utama IKRAM iaitu sebagai NGO dakwah, tarbiah dan kebajikan serta menggesa semua perwakilan agar terus giat bekerja untuk berkhidmat bagi menjayakan gagasan Malaysia Negara Rahmah. 

Senarai ahli jawatankuasa IKRAM Negeri Sarawak (JKN) sesi 2020-2022 yang telah dilantik adalah seperti berikut:

 

Yang Di Pertua Negeri: Abg Mohd Shukri Abg Muis

Timbalan Yang Di Pertua Negeri: Dr Mohd Nuri Mustafa

Setiausaha Negeri: Dr Noor Hisyam Noor Mohamed

Penolong Setiausaha Negeri: Dr Zaitul Akmal Abdullah Zawawi

Ketua Wanita: Maimunah Ba'ee

Bendahari: Hamanah @ Amanah Osman

 

Ahli Jawatankuasa:

Hjh. Zaiton Yusof

Mohd Azrin Mohd Said

Ust Salleh Morshidi

Dr Sadiah Mohamad Ali

Hj Abdul Rahman Ahmat

Nasyitah Abdullah @ Ting Ngiik Kiew

Hj. Mohd Fauzi Mat Sari

 

Pengerusi Tetap: Satria Arjuna Julaihi

Timb. Pengerusi Tetap: Ustaz Ariffin Sebli

Pemeriksa Kira-Kira 1: Dewi Arabi

Pemeriksa Kira-Kira 2: Siti Nor Ain Musa

 

MPN 2020 IKRAM Sarawak telah melabuhkan tirai pada jam 3 petang selepas ucapan penutupan oleh Yang Dipertua Negeri baharu. Setinggi-tinggi tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan JKN Sarawak yang baharu dan semoga dapat berkhidmat sebaik mungkin bagi melonjakkan agenda IKRAM di Sarawak.

Sunday, 13 October 2019 11:02

THEY SEE, THEY LEARN

Written by

KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober 2019 yang lalu. Terdapat 6 buah sekolah terlibat dalam majlis ini iaitu SK Encik Buyong, SK Gersik, SK Matu Baru, SK Astana, SK Pasir Pandak dan SK Combined.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan yang mempunyai masalah rabun mata untuk mendapatkan sepasang cermin mata tanpa mengira bangsa dan agama. Menurut Yang Dipertua IKRAM Sarawak, Ustaz Salleh Hamdan, ini merupakan kali ketiga program ini diadakan. Beliau juga berkata, objektif majlis ini ialah untuk membantu pelajar kearah keberkesanan pembelajaran kerana pentingnya penglihatan yang jelas untuk fokus dlm proses pembelajaran.

Majlis ini telah diuruskan oleh Yayasan IKRAM Malaysia Bersama i-Bantu Kuching dan Eyesight Optic. Melalui dana-dana dan hasil sumbangan orang ramai dan individu-individu yang terlibat yang telah diamanahkan kepada Yayasan IKRAM, majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa jabatan kerajaan juga turut serta untuk menyokong usaha ini.

Semoga dengan penyerahan cermin mata ini memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai masalah rabun mata untuk lebih focus dan berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Page 1 of 31

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!