Print this page
Thursday, 01 January 2015 08:00

LATAR BELAKANG IKRAM PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Pengenalan

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.


Wawasan

  • Malaysia menjadi sebuah negara yang mendaulatkan syariat Islam pada tahun 2020.


Misi

  • Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan;
  • Berjuang membangunkan sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan;
  • Membina kekuatan umat dengan membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.
  • Matlamat
  • Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  • Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  • Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
  • Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
  • Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
  • Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Read 3568 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 14:47
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd