Print this page
Tuesday, 31 March 2015 08:00

UKHUWAH TERJALIN INDAH

Rate this item
(0 votes)

10407038 822762627804426 2413991912462331485 n

Kuantan, 29 Mac - Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan.

Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pahang, Pn. Julianti Kasim bersama rombongan seramai 14 orang berangkat ke Temerloh pada 28 Mac. Setibanya di Temerloh, rombongan ini disambut oleh Ketua Wanita IKRAM Temerloh, Pn. Nona.

Program Jaulah ini bertujuan mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Negeri Pahang serta mencetuskan keterujaan untuk terus melonjakkan dakwah di bumi Pahang.

Antara program yang diadakan ialah Jamuan BBQ, sesi ta'aruf dan perkongsian pengalaman, qiamullail, bacaan mathurat, riadah dan perkongsian taujihat oleh Ustazah Aida yang bertajuk " Tarbiyyah adalah kekuatan jemaah"

Pihak rombongan jaulah sangat terharu dengan layanan mesra akhawat IKRAM Temerloh. Semoga ukhuwah fillah ini terus mengalir indah dan segala kenangan ini terukir dalam sanubari kami.

Read 2379 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:25
DMC Firewall is a Joomla Security extension!