Print this page
Tuesday, 31 March 2015 08:00

IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT

Rate this item
(0 votes)

IKRAMHEALTH

Pekan, 11 April - Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program tersebut.

IKRAMHealth ialah sebuah NGO dibawah Pertubuhan Ikram Malaysia yang ahlinya terdiri dari mereka yang terlibat dalam industri kesihatan. Ini termasuk Doktor Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejururawatan, Sokongan Perubatan dan Kesihatan, Pentadbir Hospital dan Klinik dan semua yang bekerja dibahagian industri kesihatan.

IKRAMHealth membawa misi memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariah Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Program bermula pada jam 9.00 pagi itu melibatkan 3 orang doktor dan 5 orang sukarelawan IKRAMHealth yang terdiri daripada pelajar perubatan UIA Kampus Kuantan dan Kolej Shahputra. Seramai 50 orang pesakit mendapatkan perkhidmatan medical checkup untuk tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan ukuran berat dan tinggi ideal.

Semoga dengan kehadiran IKRAMHealth di program tersebut dapat memberikan peluang kepada masyarakat mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan keadaan kesihatan masing-masing. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada SBPi Pekan atas jemputan ini

Read 2443 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:37
Our website is protected by DMC Firewall!