Print this page
Tuesday, 31 March 2015 08:00

Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang

Rate this item
(0 votes)

11149535 828230660590956 6926162591845001888 n

SUMBANGAN DIPERLUKAN
Kuantan, 6 April - Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan.

Projek ini telah dimulakan perbincangan sekitar tahun 2013 bertujuan mewujudkan satu pusat komuniti yang menjalankan pelbagai aktiviti antaranya pusat pendidikan, dakwah dan kemasyarakatan.


Pelbagai agensi dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang akan disatukan dibawah satu bangunan agar ia memudahkan masyarakat setempat mengetahui berkaitan program-program terkini yang dianjurkan. Antara agensi terlibat ialah Sekolah Al-Amin, Tadika Permata Hidayah, Aqsa Syarif, Hidayah Centre, I-Bantu, IKRAMHealth, IKRAMteens dan sebagainya.


Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM 4 Juta. Sumbangan orang ramai amat kami alu-alukan bagi menampung kos pembinaan dalam pelbagai bentuk samaada wang tunai, bahan binaan, perabot atau peralatan sekolah dan lain-lain.


Semoga dengan pembinaan kompleks ini akan dapat merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan dakwah dan tarbiyyah ke negeri Pahang. Insha-Allah.

Read 2603 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:35
DMC Firewall is a Joomla Security extension!