Alhamdulillah, Usrah Aulad bagi bulan April 2015 telah berlangsung di Pantai Sepat, Kuantan dengan kehadiran 47 orang peserta berusia di antara 5 hingga 12 tahun. Cuaca yang tidak begitu panas dengan angin yang bertiup menambahkan keceriaan peserta cilik yang telah mula berkumpul sejak jam 4 petang.
Program kali ini dimulakan dengan mengambil wudhu' dan solat Asar bersama di tepi pantai. Peserta kemudiannya diberi penerangan tentang perancangan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang petang. Setelah dibahagikan kepada 6 kumpulan, peserta bersama naqibah masing-masing memulakan sesi Usrah.
Alhamdulillah!
Perhimpunan Tahunan IKRAM Negeri Pahang 2015 atau singkatannya PATIN 2015 telah melabuhkan tirainya pada 8 MAC 2015.
Membawa tema Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera, PATIN 2015 adalah medan terbaik dalam menyampaikan serta menyokong gagasan “Malaysia Menuju Negera Rahmah” yang telah disampaikan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad pada Perhimpunan Tahunan IKRAM pada 25 Oktober 2014 yang lalu.
Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil-wakil mahasiswa yang hadir malam ini. Meluangkan masa mendengar gagasan Harmoni yang akan kita jayakan bersama.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pimpinan-pimpinan dan ahli-ahli HEALS, IPHA, SCIENCESS, juga Presiden SRC, Mohd Abdul Muhaimin Bin Zainol dan semua yang sudi hadir ke pembentangan Gagasan Kampus Harmoni tadi.
Kuala Krai, 26 April - Selepas hampir 5 bulan bulan beroperasi keadaan kawasan penempatan sementara mangsa banjir di Desa Sakinah, Kuala Krai sangat memerlukan bekalan air bersih. Sumber air bersih di Desa Sakinah diperolehi melalui mengepam air dan sumbangan air mineral dari orang ramai.
Desa Sakinah, Kuala Krai merupakan inisiatif daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia dan diselia sepenuhnya oleh I-Bantu Negeri Kelantan.
IKRAM Pahang
INFO - Sejarah | Keahlian | Program | Hubungi
ORGANISASI - Jawatankuasa Negeri | Jawatankuasa Wanita |
DAERAH - Kuantan | Pekan | Temerloh