wrapper

Berita Terkini

الأحد 5 شعبان 1441   |   Monday 30 March 2020
Suruhanjaya Gabungan Hindu-Islam Permulaan Era Baru Dakwah Di Negeri Sembilan
Tanggal 30 april 2015 merupakan tarikh bersejarah dalam usaha membina hubungan harmoni antara kaum dan agama sekaligus membuka dimensi baru arena dakwah di Negeri Sembilan.  Satu forum tertutup telah dianjurkan
Forum Mahabbah Cinta Rasul Mendekatkan IKRAM kepada Masyarakat Kampung Sentosa
Barisan panelis (dari kiri): Ustaz Mumtaz, Ustaz hasanuddin Mohd Yunus, Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin & En Awang (Pengerusi Surau Kg Sentosa) Satu forum bersempena Karnival Mahabbah Cinta Rasul telah berjaya
Mahligai Sakinah 2014
Program Mahligai Sakinah anjuran IKRAM Negeri Sembilan telah berjaya diadakan pada 2 November 2014 di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan, Senawang. Program kali ini dibuat khusus buat ahli IKRAM dan pasangan yang
Majlis Perwakilan Wanita Negeri 2015 Berlangsung Meriah
Ustazah Hanisah, Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat Majlis Perwakilan Wanita Negeri IKRAM Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2015, bertempat di Politeknik Nilai. Perasmian majlis telah
Thursday, 26 March 2020 13:08

Wabak penyakit atau wabak ekonomi?

Written by Azizul Azli Ahmad
Rate this item
(0 votes)

 

Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi. Ada keletihan ketara di wajahnya. Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama enam bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat. Ya, saya rasa akan dilanjutkan. Indonesia mula ambil langkah lockdown selama tiga bulan. Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

 

Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia. Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'. 

 

Apa maksudnya? Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik. Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama dua minggu.

 

Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona. Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

 

Kawan-kawan yang baik, saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dah berada di bawah $30 setong. Kita sedang tak ada duit.

 

Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang. Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang. Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu. 

 

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati-hati bab belanja. Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa. 

 

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan di luar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa tiga tahun lepas. Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

 

Apa yang saya nak sampaikan, didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang. Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua. Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

 

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi, kesannya lebih besar. 

 

Tanya diri kita, kita ada simpanan enam bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita. Manfaatkan duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

 

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini. Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangka apa akan berlaku sebulan ke depan.

 

Bersedia, kata kuncinya. Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil Viva saya ke mana-mana, jimat dan mudahkan hidup saya. Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

 

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku di dunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti di rumah sahaja. (Ceritakan) kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini. Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

 

Kawan-kawan yang mulia, jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali. Jika kita masih sambut hari jadi dengan kek Secret Recipe, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

 

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40. Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini. Usahakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

 

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli, serahkan kembali. Hidup sedehanalah mula sekarang kawan-kawan.

 

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincangan keluarga.  Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak-anak faham.

 

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar. Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata-mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

 

Moga Allah SWT merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

 

Siri Sudut Pandang Masyarakat (2)

Adaptasi sumber: Azizul Azli Ahmad (Penceramah dan penulis) | 23 Mac 2020 | FB: fb.com/azizulazli.ahmad

Read 205 times Last modified on Thursday, 26 March 2020 13:42

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

IKRAM Negeri Sembilan

Pertubuhan IKRAM MAlaysia(IKRAM) Negeri Sembilan

Alamat : No. 90-2, Jalan Taman Komersial Senawang 4, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Hubungi : Abdul Halim bin Yusoff (013 2535800)

Our website is protected by DMC Firewall!