wrapper

Berita Terkini

السبت 17 ربيع الثاني 1441   |   Saturday 14 December 2019
Futsal eratkan ukhuwah remaja
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.  Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai
Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di
Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka.  Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15
Monday, 02 March 2015 08:00

Program I luv Rasulullah Featured

Rate this item
(0 votes)
Program I Love Rasulullah
Tarikh: 31 disember 2014 - 1 januari 2015
Objektif program adalah untuk merapatkan hubungan antara ahli ikramteens Melaka. Seterusnya melalui program ini dapat mendidik remaja rasa seronok bila berada di masjid menunaikan solat berjemaah dan melatih diri mengerjakan qiamullail.
IT luv Rasul 1
Seramai 31 remaja antara 12 - 16 tahun menyertai program ini. (25 lelaki dan 6 perempuan) pendaftaran bermula di lokasi pertama iaitu Melaka International Bowling Center (MIBC). Semestinya mereka akan bermain bowling; satu aktiviti yang amat menceriakan peserta. Mereka bersolat asar di surau MIBC. Solat wajib dilaksanakan tak kira berada di mana.
IT luv Rasul 2IT luv Rasul 3
 
IT luv Rasul 4IT luv Rasul 5
Aktiviti kedua ialah jom dakwah. Semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat tentang bagaimana nak berdakwah pada masyarakat dengar cara mengedarkan flyers Lokasi dakwah ialah di sekitar Mydin Mall. Peserta dimaklumkan bahawa aktiviti edar risalah di Mydin ajan dibuat tanpa pengetahuan pihak Mydin. Maknanya mereka perlu bersedia dihalau oleh security guard mydin. Setiap peserta perlu edar 5 flyers yang bertajuk "di mana Rasulullah di hatimu" bersempena dengan sambutan maulidul rasul. Cabaran jom dakwah sedia dihadapi oleh peserta walaupun ada perasaan takut terutama peserta yang baru pertama kali menyertai. 
 
IT luv Rasul 6  IT luv Rasul 7
IT luv Rasul 8IT luv Rasul 9
 
 
 
Tepat jam 6.20 petang, semua peserta berkumpul di medan selera untuk bergerak ke lokasi seterusnya di Masjid Raidhatul Jannah Bukit Katil. 4 buah kenderaan digunakan sebagai pengangkutan peserta. 
Peserta diberi jamuan makan malam sejurus tiba di masjid. Suatu perkara yang menggembirakan mereka kerana perut memang dah lapar akibat aktiviti yang padat tadi.
 
 
IT luv Rasul 10 IT luv Rasul 11
 
Setelah solat isyak berjemaah, slot perkongsian I Love Rasulullah pun bermula. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mendapat seorang abang atau kakak fasi. Tugasan mereka ialah mencari ayat Al Quran berkaitan Rasulullah dan perlu bentangkan. Satu sessi yang menarik kerana tidak ada pengisian ceramah. Peserta yang perlu cari pengisian. 
 
IT luv Rasul 12 IT luv Rasul 13
 
 IT luv Rasul 14  IT luv Rasul 17
 
Kemudian sessi perkongsian slot jom dakwah. Ada peserta yang disoal bagaimana nak ikut join program seperti ini dan minta number talipon. Ada pula yang mendapat cabaran hebat bila flyers yg diberi dikoyak dan dicampak di atas kerusi. Kesabaran diuji. Pengarah program Abang Nabil kata itu baru cabaran yang sikit sedangkan Rasulullah menghadapi cabaran yang sangat hebat sehinggakan peringkat cubaan untuk bunuh baginda. Bayangkan begitu kasihnya baginda yang sanggup berkorban untuk memastikan umatnya mendapat hidayah Islam. 
IT luv Rasul 19 IT luv Rasul 16
Pukul 4 pagi semua peserta dikejutkan untuk qiamullail. Peserta solat sunat tahajud sendirian dulu. Kemudian mereka solat jemaah solat sunat taubat, tahajud dan witir yang diimankan alumni ikramteens al hafiz Abdullah Hakim. 
Semua peserta solat subuh berjemaah bersama qariah masjid. Setelah solat mereka menikmati sarapan pagi bersama ahli jemaah yang disediakan oleh pihak masjid. Pengerusi masjid, Tuan Haji Hashim Rahman sangat suka dengan penglibatan remaja dalam aktiviti di masjid. Beliau amat berharap dapat berkerjasama dengan Ikram Melaka untuk melakukan aktiviti melibatkan remaja dan belua.
Aktiviti terakhir ialah riadhah di sekitar masjid. Yang menariknya peserta lelaki berjogging sambil membaca al mathurat sehinggakan orang kampung yang lalu lalang terkejut. Penutup ringkas dibuat dengan sedikit tazkirah daripada ustaz Akmal yang mengingatkan peserta betapa beruntungnya mereka terpilih dalam program ini.
 
IT luv Rasul 24 IT luv Rasul 25
 
Semoga semua peserta mendapat amal yang terbaik daripada orogram ini. Semua peserta kelihatan ceria dan mesra antara satu sama lain menandakan objektif program tercapai. Semua peserta mendapat buah tangan flyers "Di mana Rasulullah di hatimu?".
IT luv Rasul 21 IT luv Rasul 20
Read 1650 times Last modified on Saturday, 23 May 2015 09:47
More in this category: « GEMA Melaka IkramTeens Melaka »

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Melaka

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Melaka

4-1 Jalan Jati 2, Taman Jati
75350 Batu Berendam Melaka

Tel : 012 6217565 (Suriyati Yusoff)
Email : [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!