Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat. Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di gelanggang futsal Batu Berendam Melaka. Perlawanan ini dihadiri oleh 15 remaja antara 13 - 17 tahun. Peluang bersama ini digunakan untuk peserta saling mengenal dengan lebih dekat antara satu sama lain juga bersama Abang-abang dari Ikramteens yang diketuai oleh saudara Aiman. Sebelum perlawanan bermula mereka membuat sedikit tazkirah santai mengenai menghargai masa. Semoga perlawanan ini akan diteruskan pada setiap musim cuti kerana hampir kesemua peserta tinggal di asrama.
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Written by Admin MelakaKebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai agar tidak ada mana-mana individu yang mengambil kesempatan ke atas mereka. Justeru itu Wanita Ikram Melaka telah menganjurkan satu program bersama Ikram Junior Melaka yang bertajuk 'Anakku...Dirimu terlalu bahagia" bertempat di Masjid Al Alami, Ayer Keroh Melaka pada 12 March 2016 yang lalu. Seramai 132 orang kanak-kanak yang berumur antara 7 - 12 tahun hadir. Yuran paling minima dikenakan iaitu sebanyak RM10 seorang.
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.
Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di Institut Perguruan Melaka, Melaka.
Ceramah dan Pameran oleh Pegawai dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Polis Melaka.
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka. Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15 tahun telah mendaftarkan diri untuk menyertai kem ini.
IKRAM Melaka
INFO - Sejarah| Keahlian |Hubungi
ORGANISASI - IKRAM Negeri Melaka | Wanita Ikram Negeri Melaka l IKRAM Daerah Bandaraya Melaka l IKRAM Daerah Jasin l IKRAM Daerah Alor Gajah
Klik pada menu AKTIVTI di bawah untuk memulakan pengembaraan anda di website Ikram Melaka:
AKTIVITI: Wanita Ikram Melaka l Hidayah Center l Ikram Junior l MyCare Melaka l IkramTeens Melaka l Ikram Siswa Melaka l i-bantu Melaka l Tarbiyah l GEMA Melaka l Sekolah Rendah i-Musleh l
ARTIKEL: Tazkirah l Ummah l Blog inspirasimenujusyurga
VIDEO:Ikram Melaka 2014 l Channel IkramMedia Melaka l