Print this page
Wednesday, 13 May 2015 08:00

MAJLIS RAMAH MESRA DAN HI-TEA WANITA IKRAM DAN NGO WANITA ISLAM KELANTAN

Rate this item
(1 Vote)

gabung3

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt satu pertemuan ramah mesra telah diatur dan berlangsung bagi mengeratkan hubungan diantara Wanita IKRAM dan NGO Wanita Kelantan seperti PERKEP, MACMA, HAWA, Yayasan Murni serta para AJK wanita masjid di Kelantan sperti Masjid Tapang, Masjid Telipot, Masjid ArRahman Bachok dan Masjid SBJ. Sebanyak 9 NGO telah hadir dengan diwakili oleh hampir seramai 50 orang tetamu jemputan hadir pada majlis ini.


 
Ucapan meraikan tetamu oleh Pengarah Program, Dr Zaharah Sulaiman memulakan acara dan diikuti dengan Ucapan Aluan oleh Ketua Wanita Negeri, Dr Norhani Abdul Rani. Beliau memperkenalkan Wanita IKRAM kepada para hadirin dan menerangkan tujuan diadakan perkongsian melalui majlis tersebut.
 
“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
 
Acara kemuncak apabila para perwakilan diberi penerangan akan kepentingan Piagam Wanita Islam oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat, Dr Hafidzah Mustakim. Pelbagai perspektif diperkenalkan sehingga ada yang mengatakan gabungan ini perlu berjumpa semula bagi menyampaikan intipati piagam ini kepda masyarakat. Cabarannya kita perlu memikirkan cara dan bagaimana untuk melebarkan mesej penting ini kepada masyarakat.
 
Slot Flowers for mothers memeriahkan suasana apabila para jemputan menerima sekuntum bunga ros segar.. sungguh istimewa buat ibu-ibu yang sentiasa peka dengan aktiviti masyarakat. Seusai pemberian bunga para perwakilan dihidangkan dengan tayangan video Wanita IKRAM oleh IKRAMedia Wanita Kelantan.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh ummi Wanita IKRAM Kelantan, Timbalan Ketua Wanita Bachok, Ustazah Hasanah bt Ibrahim. Teristimewa juga ustazah diketemukan melalui doa anak muridnya yang ingin sangat berjumpa dengannya semenjak terpisah ketika belajar di sekolah menengah lagi. Sekarang beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan PERKEP Kelantan.
 
Kenangan manis akhirnya dipotretkan dan semua hadirin menikmati Hi-Tea sambil beramah mesra yang dikendalikan dengan jayanya oleh Pengarah Program yang bertindak sebagai Pengacara Majlis pada hari itu, Dr Zaharah Sulaiman. Setiap wakil diberi peluang untuk meluahkan rasa dan berkongsi pengalaman ketika berdepan dengan masyarakat. Alhamdulillah suatu perkongsian yang amat membuka minda masing-masing.
 
Para peserta yang hadir amat gembira dengan jemputan istimewa dari IKRAM kerana mereka merasakan keperluan untuk bersama dalam meningkatkan amal kebajikan yang dilakukan dalam kegiatan persatuan masing2.Mereka bersetuju untuk terus mengadakan pertemuan seperti ini di masa yang akan datang.

 

Read 2843 times Last modified on Wednesday, 20 January 2016 00:53
Our website is protected by DMC Firewall!