Print this page
Tuesday, 09 August 2016 08:00

RM1.1 Juta - Econsave Bersama MyCARE Johor Membangun Semula Sekolah Anak-anak Yatim As Soleh & Siti Khadijah Gaza

Rate this item
(0 votes)



Johor Bahru, 5 Ogos 2016 -
Sejumlah RM1.1juta telah berjaya dikumpul dan majlis khas penyerahan cek kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah disampaikan di dalam satu majlis di Hotel M-Suite Johor Bahru. Hari tersebut merupakan suatu hari bersejarah bagi penglibatan masyarakat dan agensi korporat Econsave di dalam usaha membantu membangun semula Gaza khususnya untuk membangun sekolah yang musnah selepas serangan Israel 2014 ke atas Gaza.

En Mas Imran Adam sebagai Pengurus Operasi Econsave mewakili Econsave manakala Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar menerima cek tersbeut bagi pihak MyCARE.MyCARE telah memetrai persetujuan dengan Econsave untuk membangunkan semula bangunan Sekolah As Solah dan Siti Khadijah yang musnah dan terkesan dari serangan bom Israel terhadap Gaza pada 2014.



Econsave akan terus bersama MyCARE menjalankan kempen kesedaran dan kutipan bagi memenuhi keperluan RM1.4juta lagi bagi menyempurnakan binaan yang kini sudah mencapai 30%. 
Orang ramai di seru untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan melalui tabung-tabung khas yang diletakkan di seuruh cawangan Econsave di seluruh negara. MyCARE sangat berbangga dengan kerjasama dengan Econsave di dalam usaha sama pintar ini dan mengucapkan terima kasih kepada Pengarah dan kumpulan pengurusan Econsave. 

Gambar-gambar di sekitar majlis boleh diikuti di MyCARE Johor


Read 2368 times Last modified on Tuesday, 09 August 2016 18:50

Related items

1 Comment

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd