Pertandingan Komik Ramadan 1443H/2022

Sukacitanya Jabatan Penyiaran dan Multimedia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjemput rakyat Malaysia bagi menyertai Pertandingan Komik Ramadan sempena sambutan bulan Ramadan 1443H

Tema pertandingan: Pengalaman Ramadan Saya

Tarikh tutup menghantar penyertaan ialah pada 31 Mac 2022 (Khamis) jam 5.00 petang.

 

A) SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelbagai peringkat umur.

2. Grafik hendaklah dalam bentuk komik sahaja:

a) Lukisan Tangan(Tradisional) atau Lukisan Digital adalah dibenarkan.
b) Minimum empat (4) gambar/muka surat sehingga lapan (8) gambar/muka surat sahaja dibenarkan berbentuk petak 1:1 (segi empat).

3. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

4. Semua penyertaan mestilah asli, tidak dicetak, diterbit dan tidak dilesenkan.

5. Grafik penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.

6. Pastikan grafik yang dihasilkan tidak mengandungi unsur-unsur yang sensitif dan tidak mengaitkan mana-mana pihak secara langsung atau tidak.

7. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang oleh peserta.

8. Seramai lapan (8) pemenang akan dipilih.

9. Grafik yang telah dimuat naik akan menjadi hak milik penganjur.

10. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil grafik dan hanya satu yang layak untuk dimenangi.

11. Peserta perlu menghantar hasil grafik ke borang berikut: https://bit.ly/komik-ramadan2022

 

B) KAEDAH PENGHANTARAN

1. Peserta perlu kongsikan karya anda di Facebook atau Instagram masing-masing beserta tag @ikrammalaysia dan penyertaan dikira apabila meletakkan #IKRAMRaiRamadan dan #RamadanBermakna di bahagian kapsyen.

2. Pastikan Facebook atau Instagram peserta ditetapkan sebagai Public untuk penilaian.

 

C) KAEDAH PENILAIAN DAN HADIAH

1. Bahan-bahan penyertaan akan diadili oleh satu pasukan juri bebas yang dilantik oleh penganjur.

2. Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang

Tempat Pertama : RM 500
Tempat Kedua : RM 300
Tempat Ketiga : RM 200
Saguhati : 5 X RM 100

3. Keputusan juri adalah muktamad. Penilaian berdasarkan mesej, jalan cerita, kekemasan dan kreativiti.

4. Nama-nama pemenang akan diumumkan melalui https://www.facebook.com/ikrammalaysia.

 

ANJURAN: Jabatan Penyiaran dan Komunikasi, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi kami di media sosial Pertubuhan IKRAM Malaysia https://linktr.ee/ikrammalaysia

Terima kasih.

Date

15 - 31 Mar 2022
Expired!

Time

5:00 pm - 5:00 pm
Jabatan Penyiaran dan Multimedia, Pertubuhan IKRAM Malaysia

Organizer

Jabatan Penyiaran dan Multimedia, Pertubuhan IKRAM Malaysia
Email
[email protected]

Leave a Reply

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia