wrapper

Berita Terkini

الجمعة 12 ربيع الثاني 1442   |   Saturday 28 November 2020
Friday, 06 November 2020 10:18

Memorandum Kepada Ahli Parlimen - Kolaborasi Politik Demi Kesejahteraan Negara

Rate this item
(0 votes)

MEMORANDUM KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN

5 November 2020

PERTUBUHAN BADAN BUKAN KERAJAAN DAN PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL MEMBAWA SUARA RAKYAT YANG MAHUKAN KOLABORASI POLITIK DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

Negara kini sedang bergelut melawan gelombang ketiga wabak COVID-19 yang masih belum ada tanda untuk reda. Negara juga berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang amat ketara kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dikuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

 

Bank Dunia dalam laporan terbaru telah meramalkan bahawa ekonomi Malaysia akan menguncup sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2020. Pengangguran memuncak pada bulan Mei 2020 dengan kadar 5.3 peratus, paling tinggi dalam tempoh 27 tahun. Pelaksanaan PKPB di beberapa negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dikhuatiri akan merencatkan proses pemulihan ekonomi walaupun kadar pengangguran pada bulan Ogos telah menurun sedikit ke 4.7 peratus.

 

Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menganggarkan sekitar 2.4 juta orang bakal berhadapan risiko dibuang kerja, manakala hampir tiga juta orang yang bekerja sendiri (self-employed) khususnya yang berada dalam sektor makanan, pelancongan dan pertanian terdedah kepada risiko pengurangan pendapatan. Ringkasnya, cabaran getir dijangka akan terus menjejaskan kehidupan rakyat.

 

Sejak pengambilalihan kuasa melalui ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020 sehingga kini, iklim politik negara terus panas dan bergolak. Kedudukan kerajaan sekarang dengan majoriti tipis sentiasa tercabar keabsahannya dan terancam dengan undi tidak percaya. Rundingan demi rundingan untuk kekal berkuasa atau mengambil alih kuasa menjadikan kerajaan sekarang sebuah kerajaan yang tidak stabil seperti telur di hujung tanduk.

 

Kerajaan hari ini dilihat tidak berjaya berfungsi dengan berkesan dalam menangani masalah yang sedang dihadapi oleh negara. Kerajaan gagal merangka dasar-dasar baharu yang tepat dan bertindak melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. Rakyat amat kecewa dengan kemelut politik dan perebutan kuasa yang keterlaluan dan berlarutan tatkala kehidupan mereka terhimpit.

 

Realiti ini memerlukan intervensi segera dan luar biasa daripada sebuah kerajaan yang stabil untuk memacu negara menghadapi cabaran besar yang melanda.

 

Pembentangan Belanjawan 2021 adalah agenda penting untuk negara. Rakyat mengharapkan Belanjawan 2021 yang luar biasa bagi mengatasi situasi luar biasa yang sedang mereka hadapi. Belanjawan ini perlu dibahaskan dengan tuntas oleh semua ahli parlimen daripada kedua-dua belah pihak bagi mencapai satu kata sepakat dalam melaksanakan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

 

Semua ahli parlimen perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan politik. Kepentingan negara dan rakyat mesti menjadi keutamaan terpenting. Belanjawan 2021 yang diluluskan kelak perlu dipantau oleh semua pihak bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan telus dan berkesan bagi membuahkan hasil yang terbaik.

 

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia:

Menyedari:

 

(i) Hakikat bahawa negara kini sedang melalui situasi yang amat sukar dan kritikal dalam gelombang ketiga wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

 

(ii) Kehidupan rakyat amat tertekan dengan cabaran wabak dan keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

 

(iii) Kesejahteraan institusi keluarga pula terjejas menyebabkan tekanan mental dan memberi kesan terhadap pendidikan dan pembelajaran anak-anak. (Kajian terkini UNICEF dan UNFPA mendapati keluarga miskin di Kuala Lumpur berada pada situasi lebih teruk selepas berlakunya wabak COVID-19, manakala kanak-kanak miskin berisiko untuk berhenti sekolah kerana faktor kewangan dan psikologi).

 

Menerima:

 

(i) Hakikat bahawa kedudukan kerajaan dengan majoriti tipis seperti sekarang akan sentiasa tercabar keabsahannya dan terancam dengan perebutan kuasa yang berterusan menyebabkan kerajaan terus tidak stabil dan tidak upaya untuk menangani kemelut yang berlaku.

 

(ii) Ketidakpastian akan pihak mana daripada kalangan parti politik yang mempunyai bilangan angka majoriti selesa untuk membentuk kerajaan, sedang pilihan raya mengejut (snap election) bukanlah jalan penyelesaian terbaik buat masa ini, malahan ia dijangka membawa lebih banyak kemudaratan.

 

(iii) Negara memerlukan pemimpin yang berwibawa yang boleh membawa kepada pembinaan kerajaan yang stabil dan bersifat lebih inklusif dengan melibatkan semua pemegang taruh utama dan tenaga pakar negara.

 

Maka, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia yang tersenarai di bawah dengan ini menggesa dengan tegas supaya:

 

1. Ahli-ahli politik segera menamatkan kemelut politik yang melanda dan berusaha mengembalikan kestabilan kerajaan berlandaskan lunas undang-undang negara melalui tatacara di parlimen.

 

Kepentingan rakyat dan negara perlu menjadi pertimbangan paling utama dalam mencapai kata sepakat dalam kalangan ahli-ahli politik.

 

Kepimpinan negara hendaklah diterajui oleh mereka yang benar-benar berwibawa, ikhlas, bermaruah, berintegriti dan kompeten dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat.

 

2. Ahli-ahli parlimen, dengan menghormati mandat rakyat, perlu berusaha mencapai Perjanjian Kerjasama mengenai Belanjawan 2021 berasaskan rundingan, perbincangan serta kerjasama antara ahli-ahli politik daripada pihak pemerintah dan pembangkang, dan berlaku dengan komitmen kepada prinsip-prinsip berikut:

 

(a) Ketelusan (transparency)

(b) Tadbir urus yang baik (good governance)

(c) Reformasi institusi (institutional reform)

(d) Penyelesaian masalah seluruh rakyat

 

3. Memastikan pelaksanaan Belanjawan 2021 berlaku secara inklusif dengan menggabungkan bakat-bakat terbaik daripada kalangan ahli-ahli parlimen kedua-dua belah pihak merentasi parti; golongan profesional, teknokrat, pakar bidang dan mereka yang berpengalaman untuk menerajui kerajaan.

 

4. Perdana Menteri dan barisan kabinet melaksanakan Belanjawan 2021 dengan memberikan keutamaan menjayakan aspirasi rakyat dan memulihkan ekonomi tanpa terikat kepada kepentingan parti politik. Manakala, kakitangan awam pula hendaklah berkhidmat secara profesional tanpa gangguan, pengaruh dan ugutan politik.

 

5. Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia sebagai sektor ketiga selepas sektor kerajaan dan swasta dilibatkan dengan lebih tersusun dalam usaha pembinaan semula negara dan dalam memantau keberkesanan pelaksanaan polisi dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

 

--------------------------------------------

 

MEMORANDUM TO MEMBERS OF PARLIAMENT

NON-GOVERNMENTAL ORGANISATIONS AND CIVIL SOCIETY ORGANISATIONS DEMAND THAT THE RAKYAT’S VOICE BE HEARD AND CALL FOR COLLABORATIVE POLITICS IN THE NAME OF MALAYSIA’S PROSPERITY

 

Malaysia currently faces its third COVID-19 wave with no end yet in sight. The country has also struggled with a crippling economic downturn as a result of the government’s Movement Control Order (MCO) earlier in the year, which has been followed by the less stringent Conditional MCO (CMCO) enforced in the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, Selangor and Sabah.

 

The World Bank, in its most recent report, predicted a 3.1 percent contraction for Malaysia’s economy. The unemployment rate peaked at 5.3 percent in May 2020, the highest in 27 years. The CMCO is feared to hinder economic recovery despite a slight reduction in unemployment to 4.7 percent in August.

 

The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) estimated that 2.4 million citizens are at risk losing their jobs whereas 2.6 million individuals who are self-employed – specifically in the food and beverage, tourism and agriculture sectors – are at risk of income reduction. More oncoming troubles are forecasted to threaten the rakyat’s livelihood.

 

Ever since the ‘Sheraton Move’ in February 2020, the country’s political climate has remained turbulent. The threat of a no-confidence vote seems to constantly loom over the razor-thin parliamentary majority of the governing coalition. Ceaseless political negotiations either to stay in power or to wrest it from others has rendered the ruling coalition weak and fragile.

 

Today's government is perceived to be dysfunctional in handling the woes befalling the nation. It fails to form novel and substantive policies, what more to implement them effectively. The rakyat have become frustrated with ongoing political tussles and power struggles at a time when their lives face increasing hardship.

 

This situation demands urgent intervention from a stable government able to navigate the country past monumental challenges.

 

The 2021 Budget stands to be an important national agenda. The rakyat are placing their hopes on an extra-ordinary Budget to overcome the current extra-ordinary circumstances. The Budget needs to be debated on objectively by all Members of Parliament across partisan lines, and a consensus hinged on the best interests of the rakyat and the nation must be reached.

 

Parliamentarians must set aside personal interests and political differences. The welfare of the nation and its rakyat should be of utmost priority. Upon being passed, the implementation of the 2021 Budget must be made subject to the scrutiny of all parties so as to ensure transparency and optimal effectiveness.

 

We, NGOs and CSOs of Malaysia,

Realising that:

 

(i) The country is going through a critical period during this third COVID-19 wave with its resultant economic decline

 

(ii) The pandemic has and continues to debilitate the rakyat’s capacity for survival

 

(iii) The prosperity of family institutions has been negatively affected, causing mental stress and impairing children’s education. UNICEF’s and UNFPA’s recent joint report found that already poor families in Kuala Lumpur were worse off after the onset of the COVID-19 pandemic, with children being at increased risk of dropping out from school due to financial and psychological factors

 

And recognising that:

 

(i) The questionable legitimacy of the current government is at constant risk of being challenged and that it faces constant power struggle that it is incapable of resolving, causing it to be caught in a state of perpetual instability

 

(ii) Uncertainty exists over which bloc among political parties possesses the comfortable majority to hold office. A snap election is decidedly not the best solution at this point in time as it is likely to produce more harm than good

 

(iii) To navigate its way through current challenges, the country needs leaders of calibre from a stable, inclusive government that engages with all main stakeholders and field experts

 

Hereby demand that:

 

1. Politicians put an end to the current political unrest and work to restore the government’s stability through legal provisions and parliamentary processes. The interests of the nation and its rakyat must be the main subject of deliberation in reaching a consensus amongst political actors. The country must be helmed by leaders who are formidable, sincere, dignified, competent and possess the highest integrity in carrying the aspirations of the rakyat;

 

2. Members of Parliament, in keeping with the rakyat’s mandate, form a collaborative agreement in relation to the 2021 Budget which is based on negotiation, discourse and co-operation between politicians from the Government and the Opposition alike, enshrining the following principles:

 

a) good governance

b) transparency

c) institutional reform

d) comprehensiveness

 

3. Expertise amongst parliamentarians is utilised by bringing together experienced professionals, technocrats, and field experts across party lines to take charge in implementing the 2021 Budget;

 

4. The Prime Minister and his Cabinet execute the stipulations of the 2021 Budget with the rakyat’s aspirations firmly in mind and rebuild the economy free from partisan interests. Public servants must be allowed to serve professionally and without undue influence or political intimidation; and that

 

5. NGOs and CSOs are given the opportunity to act as a third force - together with the public and private sectors - in nation-building, playing the role of monitoring the effectiveness of policies in safeguarding the rakyat’s welfare.

 

--------------------------------------

 

MEMORANDUM ini disokong oleh:
This MEMORANDUM is supported by:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Akademi Siasah Anak Muda (AKSI Muda)
3. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. ARBA Foundation
6. BDS Malaysia
7. BERSIH 2.0
8. Community Enpowerment Initiative Sabah (CEI)
9. Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)
10. Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
11. Friends of Kota Damansara
12. Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM)
13. Gerakan Transformasi Qaryah
14. Hidayah Centre Foundation (HCF)
15. IKRAM Legal
16. Iman Research
17. Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN)
18. Interactive Musliman Association (IMAN)
19. Jingga13 Malaysia
20. LLG Cultural Development Centre (LLG)
21. MAHABBAH Malaysia
22. Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah- Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM)
23. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
24. Muslim Professional Forum (MPF)
25. Muslimah Interest Zone and Networking Associations KL (MIZAN)
26. MyIKRAM Bikers (MIB)
27. Nusantara Academy for Strategic Research (NASR)
28. Otai Reformis 1998
29. PACOS Trust
30. Pendidikan IKRAM Musleh
31. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
32. Persatuan Belia HARMONI Malaysia
33. Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah)
34. Persatuan Darul Fitrah Malaysia
35. Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EKOWI)
36. Persatuan Kebajikan Aafiyah Shah Alam (Aafiyah)
37. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
38. Persatuan Kesihatam IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
39. Persatuan Kumpulan Serikandi Inovatif Malaysia (PAKSI)
40. Persatuan Muafakat Muslimah Masjid
41. Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
42. Persatuan Pemangkin Pengguna Digital (PPPD)
43. Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)
44. Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia
45. Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)
46. Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)
47. Persatuan Upaya Dhuaafa Peduli Masyarakat
48. Pertubuhan Al-Nur Negeri Kelantan
49. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS)
50. Pertubuhan Iqra' Malaysia (PIM)
51. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia
52. Pertubuhan Kebajikan ADIWARNA Johor
53. Pertubuhan Kebajikan Belia Peduli
54. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
55. Pertubuhan Malaysia Membanteras Pornografi
56. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
57. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA)
58. Pertubuhan Pendidikan Progresif Kuching
59. Pertubuhan Penulis Isu Isu Wanita Nasional (PENAWAN)
60. Pertubuhan SALAM Selangor
61. Pertubuhan Sisa Hijau Selangor (Green Waste Selangor)
62. Pertubuhan Solidaritas
63. Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia
64. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
65. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
66. Research And Information Centre On Islam (RICOI)
67. Risalah Harmoni
68. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
69. Sukarelawan Bina Negara
70. Tamil Foundation
71. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
72. Tindak Malaysia
73. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
74. Women's Aid Organisation (WAO)
75. Yayasan Atfal Jannah
76. Yayasan Ikram Malaysia

Read 469 times Last modified on Wednesday, 11 November 2020 09:39

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!