wrapper

Berita Terkini

السبت 2 صفر 1442   |   Saturday 19 September 2020
Monday, 24 August 2020 16:13

IKRAM sambut baik Sukuk Prihatin, gesa kerajaan teroka sistem sedekah

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
24 Ogos 2020 / 5 Muharam 1442H

IKRAM SAMBUT BAIK SUKUK PRIHATIN, GESA KERAJAAN TEROKA SISTEM SEDEKAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik pelancaran Sukuk Prihatin pada Selasa, 18 Ogos lalu sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

 

Dilaporkan, hasil penerbitan sukuk berlandaskan syariah itu akan digunakan untuk langkah pemulihan ekonomi negara.

 

Langganan sukuk digital pertama Malaysia bernilai RM500 juta berkenaan dilaporkan akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 yang akan membiayai program bagi golongan yang terkesan, termasuk menambah baik kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, membiayai perusahaan mikro, kecil dan sederhana, dan menampung geran penyelidikan penyakit-penyakit berjangkit.

 

IKRAM mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pihak yang berwajib untuk melaksanakan inisiatif ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab supaya sukuk berkenaan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

IKRAM juga menggesa agar inisiatif ini dilaksanakan dengan telus dan amalan tadbir urus yang terbaik untuk mengelakkan sebarang bentuk ketirisan dan pembaziran.

 

Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara, IKRAM berpandangan, ekonomi negara memerlukan pembaharuan (reform) yang besar untuk mewujudkan pembangunan yang mampan dan lestari demi kemakmuran semua.

 

Pandemik COVID-19 memberi peluang keemasan kepada penggubal dasar negara untuk melaksanakan agenda pembaharuan yang diperlukan untuk menangani isu berkait struktur ekonomi, mendepani era gangguan (era of disruption), ekonomi gig dan Revolusi Industri 4.0.

 

Untuk menangani isu jurang pendapatan dan kemewahan yang makin meluas dan mencapai agihan kekayaan yang saksama, IKRAM berpandangan, inisiatif sedekah yang sistemik (menyeluruh) dan sistematik (teratur) perlu diwujudkan di Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan.

 

Amalan sedekah amat besar peranan dan keutamaannya dalam Islam. Firman Allah SWT:

 

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 271)

 

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya." (Surah al-Baqarah: 276)

 

Melalui sistem sedekah yang sistemik, sistematik dan profesional, IKRAM yakin sumber dalam negara dapat digembleng sebaiknya. Dalam hal ini, IKRAM bersedia memberikan pandangan untuk membangunkan institusi sedekah di negara ini.

Ustaz Hj Burhanuddin Lukman

Naib Presiden
merangkap
Ketua Advokasi Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 304 times Last modified on Monday, 24 August 2020 16:30

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!