wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 جمادى الثانية 1442   |   Friday 22 January 2021
Friday, 05 June 2020 10:05

Yuran pengajian adalah nyawa pengoperasian sekolah swasta

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 Jun 2020 / 13 Syawal 1441H

YURAN PENGAJIAN ADALAH NYAWA PENGOPERASIAN SEKOLAH SWASTA

IKRAM mengambil maklum bahawa pernyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bayaran yuran pengajian pelajar di sekolah swasta seperti dilaporkan media.

 

“ ..... sekolah masih ditutup. Oleh kerana masih ditutup, tentu saja guru-guru di sekolah tersebut tidak mengajar pun. Jadi kos operasi di sekolah itu tidak ada. Mereka tidak bayar guru, tidak bayar staf dan lain-lain, kenapa pula ibu bapa yang anak mereka tidak belajar terpaksa bayar yuran walaupun separuh? ..... selagi sekolah tidak dibuka, saya harap tidak ada sekolah yang mengutip yuran daripada pelajar-pelajar.”

(Rujuk video lengkap di sini: http://english.astroawani.com/malaysia-videos/kalau-servis-tidak-diberikan-bayaran-tidak-perlu-diminta-ismail-sabri-1852732)

 

Pihak kami amat gusar dengan kenyataan Menteri Kanan berkenaan yang akan memberi kesan terhadap kelangsungan (survival) sekolah-sekolah swasta, terutamanya yang tidak berorientasikan keuntungan seperti sekolah-sekolah di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH.

 

Seperti dimaklumi, kos operasi sekolah persendirian adalah bergantung hampir sepenuhnya kepada yuran-yuran pengajian sekolah setiap bulan. Sebahagian besar daripada pendapatan ini diperuntukkan kepada penggajian guru dan staf sekolah. Bagi sekolah-sekolah yang berorientasikan kebajikan seperti sekolah-sekolah di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH, kemungkinan gulung tikar amat besar jika ibu bapa tidak membayar yuran bulanan seperti yang ditetapkan.

 

Sekolah persendirian telah akur dengan arahan-arahan pihak kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan guru tidak dapat melaksanakan PdPC bersemuka seperti biasa. Pada 17 Mei 2020 yang lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) sendiri mengingatkan bahawa sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa tidak dibenarkan beroperasi.

(Berita lengkap di sini http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-swasta-antarabangsa-diingatkan-tidak-dibuka-ismail-243323)

 

Atas rasa amanah dan bertanggungjawab serta mengikut Surat Siaran KPM bertarikh 27 Mac 2020, sekolah-sekolah persendirian telah menjalankan pelbagai inisiatif dan inovasi dalam proses pendidikan termasuklah PdP, program kokurikulum dan program pentarbiahan pelajar secara maya. Hampir kesemua inisiatif dan inovasi tersebut dilaksanakan dalam talian semenjak tarikh mula PKP pada 18 Mac 2020 sehingga sekarang. Jelasnya guru-guru bukan sahaja menjalankan tugas mengajar malah lebih daripada itu.

 

Sekolah-sekolah ini juga telah akur dengan arahan bahawa mana-mana institusi tidak dibenarkan memberhentikan pekerjanya, malah pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan pemberhentian tidak dilakukan. Bukan mudah untuk sekolah-sekolah swasta memberhentikan guru, mengelakkan dari membayar gaji guru atau mengurangkan gaji apalagi apabila mereka tetap ditugaskan untuk menjalankan aktiviti PdPC walaupun secara dalam talian.

 

Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan bahawa pihak pendidikan swasta telah berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam pembangunan negara (nation building) dengan memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Tambahan pula, pihak pendidikan persendirian/swasta (di pelbagai peringkat) telah menyediakan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada rakyat. Pengalaman dan kepakaran pihak pendidikan persendirian/swasta (di pelbagai peringkat) juga dikongsikan dengan pihak KPM bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara berterusan.

 

Dengan ini, pihak IKRAM MUSLEH memohon YB Menteri Kanan Keselamatan akan perkara-perkara berikut:

1. Menarik balik kenyataan beliau berkaitan isu yuran pengajian pelajar sekolah swasta.

2. Mengiktiraf dan memberi sokongan penuh kepada usaha pendidikan swasta dalam pembangunan negara (nation building).

3. Membenarkan sekolah-sekolah swasta beroperasi dengan SOP sendiri dengan mengambil kira peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 3488 times Last modified on Friday, 05 June 2020 11:17

50 Comments

  • Comment Link Anonymous Friday, 05 June 2020 18:54 posted by Anonymous

    Betul dan sangat bersetuju, guru² yg bekerja di sekolah swasta bukanlah bergaji hari seperti pekerja kontrak biasa, mereka dalam kalangan berkeluarga yg masih memerlukan jawapan kerajaan untuk mula bertugas seperti biasa.
    Bagaimana pihak Menteri boleh menyatakan mereka tidak dibayar gaji dan tidak menjalankan tugas, Apakah sewa premis juga pihak kerajaan akan tanggung?
    Perlu tarik semula kenyataan seperti ini.

  • Comment Link Amirul mukmin Friday, 05 June 2020 19:00 posted by Amirul mukmin

    Kebanyakkan ibu-bapa yg menghantar anak mereka ke sekolah swasta boleh dikatakan mempunyai kedudukan kewangan yg stabil. So tak de masalah untuk bayaran yuran bulanan seperti biasa. Tapi sekiranya sekolah rendah masih lagi tidak dibenarkan buka sehingga akhir tahun ini, ibu bapa mencadangkan pihak sekolah mencari alternatif lain memandangkan ibu-bapa merasakan pembayaran yuran bulanan tidak setimpal dengan apa yang anak mereka dapat.

  • Comment Link zahir Friday, 05 June 2020 22:47 posted by zahir

    adakah pihak tuan mendapat bantuan subsidi upah daripada kerajaan?

  • Comment Link Asif Monday, 15 June 2020 13:04 posted by Asif

    Salam, ada permohonan rasmi ke dari IKRAM Musleh untuk membenarkan sekolah swasta beroperasi dengan SOP sendiri?

  • Comment Link Kmrfglype Thursday, 12 November 2020 06:57 posted by Kmrfglype

    canada online pharmacy generic viagra http://usggrxmed.com/ buying viagra online legal generic viagra online pharmacy

  • Comment Link JivhKnodo Sunday, 15 November 2020 22:59 posted by JivhKnodo

    do you need a license to sell viagra foro viagra cialis levitra viagra acheter canada

  • Comment Link DevkSkype Monday, 16 November 2020 16:18 posted by DevkSkype

    brand viagra usa viagra order generic viagra online canada

  • Comment Link Fhsbglype Tuesday, 17 November 2020 16:30 posted by Fhsbglype

    pictures of all viagra pills buybuyviamen.com viagra generika pillendienst

  • Comment Link FrbhSkype Wednesday, 18 November 2020 00:31 posted by FrbhSkype

    viagra prices https://paradiseviagira.com/ viagra onlnine

  • Comment Link Fevbglype Wednesday, 18 November 2020 06:23 posted by Fevbglype

    buy viagra toronto viagra 100 uk buy viagra au

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!