wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020
Saturday, 16 May 2020 10:05

Guru Pembina Negara Rahmah Dalam Normal Baharu

Rate this item
(0 votes)

PERUTUSAN
SEMPENA HARI MURABBI IKRAM MUSLEH
16 Mei 2020 / 23 Ramadan 1441H

GURU PEMBINA NEGARA RAHMAH DALAM NORMAL BAHARU

 سم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد

 

Segala puji dan syukur kita rafakkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita khususnya nikmat Islam dan iman yang akan menjadi bekalan utama apabila kembali.

 

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redai Islam sebagai agamamu. Tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar, bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 3)

 

Moga-moga keberadaan kita dalam bulan Ramadan al-Mubarak ini akan mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT - amin.

 

Para murabbi yang dikasihi,

 

Kita diperingatkan bahawa penubuhan dan pengoperasian Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) perlu ditalakan ke arah pelaksanaan dakwah, tarbiah dan pembinaan generasi pewaris.

 

Ke arah itu, usaha berterusan kita adalah membina insan rabbani. Dalam menjayakan hasrat murni ini, para pendidik memainkan peranan kritikal ke arah pencapaian dan kemenjadian generasi pewaris yang diidamkan.

 

Sebagai seorang dai, murabbi dan mujahid, para pendidik harus membina secara berterusan 10 muwasofat ciri-ciri insan rabbani dalam diri masing-masing. Dalam suasana pandemik COVID-19, 'new normal' dan 'new norm' khususnya dalam dunia pendidikan, beberapa ciri pendidik perlu terserlah.

 

Kehidupan dipenuhi dengan pelbagai ujian.

 

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

 

Pandemik COVID-19 adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian ini memberi peluang supaya kita mendekatkan diri dengan Allah SWT dan menguji keyakinan diri bahawa apa jua ketentuan Allah SWT adalah terbaik. Ilmu pengurusan menyuruh kita menukar ganti sesuatu ancaman dan cabaran kepada peluang.

 

Barangkali, ini adalah peluang untuk mewujudkan normal dan norma baru berlandaskan al-Quranul Karim, sunnah Rasulullah SAW dan syariat Islamiah dalam masyarakat.

 

Barangkali ini adalah peluang terbaik untuk mengajak masyarakat menghayati Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

 

Sewaktu bulan Ramadan al-Mubarak inilah peluang terbaik bagi kita mewujudkan normal dan norma baru mengajak masyarakat menghayati Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Belum tentu kita ada peluang pada bulan Ramadan akan datang.

 

Pada bulan Ramadan al-Mubaraklah masa yang amat sesuai membina akhlak, adab dan ketakwaan. Semua perkara berlaku adalah dengan izin Allah SWT, dengan kehendak Allah SWT dengan taufik-Nya SWT. Oleh itu, banyakkanlah zikrullah, berdoa dan beramal soleh. Jadilah diri kita qudwah hasanah.

 

Barangkali antara indikator bahawa kita telah pun menjadi qudwah hasanah ialah: Adakah anak murid merindui kita? Adakah anak murid merindui sekolah kita?

 

Sebagai murabbi, kemahiran mendidik ummah pada era pandemik ini amat teruji. Bagaimanakah kita menjadikan proses pendidikan berkesan dan bermakna? Kita harus melaksanakan proses pendidikan dan pentarbiahan ke atas anak murid dengan ketiadaan sentuhan fizikal.

 

Malah dengan pelaksanaan PKP, pelaksanaan proses pendidikan dan pentarbiahan harus dilakukan jarak jauh, dalam talian dan bukan 'face to face'. Suasana mencabar ini bukan sahaja ke atas para pendidik dan anak murid tetapi juga ibu bapa.

 

Proses 'pentarbiahan' dan 'pentaadiban' Allah SWT ke atas Rasulullah SAW walaupun secara fizikalnya kelihatan jarak jauh, tetapi hakikatya keimanan dan ketakwaan mendalam Rasulullah menjadikan Allah dekat kepada baginda. Keyakinan dan thiqah Rasulullah kepada Allah juga mantap dan jelas terbukti.

 

Para murabbi harus menjadikan diri mereka 'dekat' di hati anak murid. Agar mereka merindui kasih sayang dan tunjuk ajar murabbi.

 

Para murabbi yang dikasihi,

 

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakanya.” (HR Muslim)

 

Maka bergembiralah saudara saudari sekalian kerana tidak perlu lagi memikirkan atau berusaha mencari peluang untuk mendapat amal yang bakal pahalanya tidak putus, walaupun roh sudah meninggalkan jasad. Semuanya sudah tersedia dalam kerja-kerja harian anda sebagai seorang pendidik.

 

Tingkatkanlah keazaman, kegigihan dan kesabaran dalam melaksanakan tugas. Ingatlah kepada ganjaran yang sangat besar disediakan oleh Allah SWT untuk saudara saudari.

 

IKRAM MUSLEH sentiasa komited memberi sokongan dan dokongan kepada para murabbi di IPI melalui beberapa inisiatif seperti kursus-kursus dan latihan profesionalisme keguruan dalam pelbagai jenis dan kategori, membantu dalam mencapai tahap jaminan kualiti yang memuaskan, pelaksanaan manhaj tarbiah di SRI-SMI, memantapkan 'Good Governance' dan 'Best Practices' serta pelaksanaan Tabung Kebajikan IKRAM MUSLEH (TAKIM).

 

Semoga Allah SWT memberkati usaha-usaha para pendidik semua, baik di sekolah atau dalam masyarakat, dan seterusnya, impian kita untuk membina sebuah negara rahmah akan tercapai.

 

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM MUSLEH 2020.

 

“Guru Pembina Negara Rahmah”

 

Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 460 times Last modified on Saturday, 16 May 2020 11:22

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!