wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020
Saturday, 01 February 2020 20:48

Jangan kembalikan PPSMI, kembang dan mantapkan DLP

Rate this item
(1 Vote)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Februari 2020 / 7 Jamadilakhir 1441H

JANGAN KEMBALIKAN PPSMI, KEMBANG DAN MANTAPKAN DLP

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membantah ura-ura untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepertimana yang pernah dilaksanakannya sebelum ianya dimansuhkan pada tahun 2011.

 

PPSMI dalam bentuk yang asal telah terbukti tidak berjaya sehingga menyebabkan kerajaan membatalkannya.

 

Unsur utama PPSMI ialah 'paksaan' ke atas semua sekolah tanpa kecuali untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini berlaku, walaupun terdapat sekolah yang tidak mempunyai persediaan yang cukup dari segi sumber, prasarana dan guru yang kompeten.

 

PPSMI telah digantikan dengan program Program Dwi-Bahasa (DLP) pada tahun 2016* yang memberikan pilihan yang luwes kepada sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan beberapa syarat.

 

IKRAM berpandangan program DLP lebih praktikal dan memberi peluang ibu bapa membuat pilihan. Oleh itu, ia wajar dikembangkan dengan memberi sokongan yang sewajarnya kepada sekolah yang bersedia untuk melaksanakannya.



Maklumat yang diperolehi daripada ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru menunjukkan bahawa program DLP seperti yang dilaksanakan sekarang juga masih menghadapi kesukaran terutama mendapatkan guru yang mempunyai kepakaran dan berkeupayaan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

 

Oleh itu, tidak banyak sekolah yang berupaya melaksanakannya. Jika ini merupakan hakikat dalam pelaksanaan DLP, pelaksanaan PPSMI pastinya akan menghadapi masalah yang lebih besar dan bakal menemui kegagalan.

 

IKRAM umumnya bersetuju dengan keperluan meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat. Oleh itu, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) perlu diperkasakan.

 

Program pengukuhan Bahasa Inggeris, Highly Immersive Programme (HIP) perlu dimantapkan dengan membuat pemantauan pelaksanaan yang berkesan di semua sekolah.

 

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

*Nota: Kesilapan fakta berkenaan tahun mula pelaksanaan DLP telah dibetulkan. IKRAM memohon maaf atas kesilapan ini.

Read 1878 times Last modified on Sunday, 02 February 2020 10:19

3 Comments

  • Comment Link kamarulzaman Abu Samah Monday, 17 February 2020 21:27 posted by kamarulzaman Abu Samah

    PPSMI telah terbukti akan kegagalannya. Sejak diperkenalkan, lebih 10 tahun generasi anak Melayu ketinggallan dalam dua subjek utama ini.
    Kajian menunjukkan kefahaman Matematik dan Sains melalui bahasa ibunda adalah lebih berkesan dan jaya.
    Kita punyai jalan mudah, kenapa perlu mencari jalan susah.
    Martabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

  • Comment Link StepBut Tuesday, 10 March 2020 20:38 posted by StepBut

    Amoxicillin Colitis п»їcialis What Happens When Amoxicillin Isnt Refrigerated Buy Cialis Where To Order Legally Amoxicilina Medication In Internet Virginia

  • Comment Link cheelia Monday, 08 June 2020 19:23 posted by cheelia

    Ag Guys Cialis https://buyciallisonline.com/ - Cialis cialis prix en pharmacie belgique Buy Cialis Compra Cialis Farmacia

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd