wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 ذو القعدة 1442   |   Friday 18 June 2021

SERI KEMBANGAN - Walaupun PKP 3.0 sedang dilaksanakan, ia tidak menghalang penganjuran pelbagai aktiviti kempen Palestin diperhebatkan lagi di seluruh negara.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sedang menganjurkan kempen 'Palestin Di Hati & Hentikan Keganasan Israel' yang digerakkan di pelbagai peringkat bermula 23 Mei hingga 6 Jun 2021, dan ia boleh disambung mengikut keadaan.

 

Menurut Pejabat Setiausaha Agung IKRAM, konflik yang tercetus di Masjid al-Aqsa dan Gaza pada bulan Ramadan 2021 membuka episod kesengsaraan rakyat Palestin dengan keganasan rejim aparteid Zionis Israel.

 

"Bangunan dan rumah menjadi sasaran kehancuran. Setiap hari, rakyat biasa, keluarga, wanita dan kanak-kanak tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Setiap detik adalah kritikal dalam suasana perang di sana."

 

Tambahnya, objektif utama kempen ini adalah menyuburkan lagi kesedaran dan pendidikan massa tentang isu ini serta merancakkan lagi kutipan sumbangan bagi membantu Palestin melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

 

Antara aktiviti kempen yang digerakkan ialah ceramah, webinar, usrah gabungan, daurah, penghasilan kolaj, video bertemakan Palestin dan banyak lagi untuk disebarkan melalui media sosial dengan tanda pagar #PalestinDiHati, #MyHeartAtPalestine dan #PalestinDiserang.

 

Justeru itu, IKRAM menyeru semua pimpinan dan ahlinya, baik di peringkat negeri dan kawasan serta institusi dan agensi khususnya, dan masyarakat umumnya, untuk menjayakan usaha ini demi membela Palestin.

Last modified on Thursday, 03 June 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!