wrapper

Berita Terkini

الجمعة 3 شوّال 1442   |   Friday 14 May 2021

KUALA LUMPUR - Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-16 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana sederhana tetapi cukup meriah di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia pada 24 April lalu, di sini.

Dalam majlis iftar anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) itu, seramai 250 orang mualaf termasuk ahli keluarga yang belum Islam telah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama.

 

Selain itu, Hidayah Centre Foundation (HCF) turut meraikan kira-kira 150 orang individu mahupun wakil syarikat yang menaja meja sebagai tanda menzahirkan sokongan terhadap usaha menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf.

 

Majlis dimulakan dengan forum yang berkisar mengenai perkongsian kisah suka duka penghijrahan sebagai mualaf yang terdiri daripada panel jemputan iaitu Da’i Adam dan Puan Siti Aisyah Abdullah, manakala DJ Norhayati Paradi pula bertindak sebagai moderator forum tersebut.

 

Majlis diserikan dengan alunan ayat al-Quran surah al-Hujurat dari ayat 11-13 yang dibacakan terjemahannya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil oleh empat orang mualaf santunan HCF.

 

Seterusnya majlis berbuka puasa telah berlangsung diiringi alunan azan oleh Anas, penyampai radio Zayan. Sebahagian tetamu berbuka ringkas dan bergilir-gilir menunaikan solat maghrib terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

 

Majlis iftar yang dirasmikan Pengerusi HCF, Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah juga menjemput Ikon Saudara Baru, Dato’ Mohd Chan Abdullah iaitu pemilik rangkaian restoran halal untuk memberikan ucapan dan berkongsi pengalaman dengan semua mualaf dan tetamu yang hadir.

 

Dalam majlis itu, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) turut menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM5,000 kepada HCF.

 

Salah seorang mualaf yang ditemui, Aliya Zaneera Dheshmin telah menzahirkan rasa keterujaan dan gembira dapat menjalani ibadah puasa dan dijemput hadir ke MIPHC.

 

"Alhamdulillah. Saya berasa sangat gembira diberi peluang untuk hadir kali yang kedua selepas memeluk Islam. Saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan mualaf yang lain dan dapat berkongsi pengalaman."

"Perkara ini dapat memberikan semangat buat saya menempuhi kehidupan mendatang. Saya tidak rasa keseorangan."

 

Beliau juga berhasrat untuk berkongsi kisah ini dengan ahli keluarga mengenai Hidayah Centre yang banyak membantu dan membimbingnya dalam memahami Islam.

 

"Betapa gembiranya saya dapat menjadi sebahagian dari keluarga HCF yang besar ini," ujar Aliya.

 

Dalam majlis ini juga kesemua mualaf yang hadir menerima sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh Fuad Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Haji Nicholas Sylvester.

 

MIPHC merupakan program tahunan yang dianjurkan HCF dengan kerjasama BAKIT dan radio Zayan bertujuan untuk meraikan mualaf berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.

 

Bagi mereka yang ingin menyumbang untuk kempen Sedekah Ramadan bagi membantu usaha-usaha menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf oleh HCF, sila layari www.dahsedekah.com

Last modified on Friday, 30 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!