wrapper

Berita Terkini

الجمعة 3 شوّال 1442   |   Friday 14 May 2021

 

SERI KEMBANGAN - Buat julung kalinya, IKRAMTeens dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pekomik, IKRAM Muda Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, IKRAM Musleh, KRS Musleh menganjurkan Pertandingan Melukis Poster dan Komik sempena Kempen Banteras dan Tolak Rasuah (BANTERAS) 2021.

Lebih 1,500 orang murid dari seluruh negara telah menyertai pertandingan ini dan seramai 21 orang finalis pertandingan poster dan 10 finalis pertandingan komik telah diumumkan penerima hadiah 5 Terbaik pada 16 April lalu dalam sesi Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Melukis Poster Dan Komik Sempena Kempen Banteras Dan Tolak Rasuah 2021 secara maya di FB Ikram-Musleh.

 

“Saya kira ia berjaya untuk mencungkil bakat-bakat pelukis poster dan komik yang telah menghasilkan hasilan yang baik yang boleh membantu, melonjakkan Kempen Anti Rasuah di seluruh negara,” kata Timbalan Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin ketika ucapan perasmiannya.

 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, melukis poster dan komik, dan mendoakan kejayaan serta kemenangan anda ini dapat melonjakkan bakat dalam bidang melukis poster dan komik ini.

 

“Kempen antirasuah ini diadakan bertujuan hendak membanteras gejala rasuah yang telah menular dalam masyarakat dan juga negara.”

 

Beliau berkata, rasuah ini telah menjadi virus hingga menjadi pandemik dalam masyarakat dan negara yang mana ia telah menjadi budaya, dan seolah-olah ia juga menjadi sesuatu yang tidak diendahkan lagi oleh masyarakat dan negara. 

 

“Sedangkan rasuah ini adalah suatu, perkara maksiat, jijik yang mana boleh meruntuhkan negara di masa hadapan,” ujarnya.

 

Menurutnya, kempen bulan antirasuah ini sebenarnya adalah untuk memastikan atau untuk menyahkan gejala ini daripada terus menular dalam masyarakat dan juga negara.

 

“Kita amat yakin jika kempen ini dapat dilakukan dengan baik, ia akan menjadi gerakan sosial yang boleh membawa kepada perubahan nilai dalam masyarakat dan negara.”

 

Dalam pada itu, kempen ini bukanlah sekadar kempen sahaja tetapi ia bertujuan untuk mereformasikan nilai moral dan karakter masyarakat dan negara.

 

“Kita berharap dengan kempen seperti ini, satu sistem nilai luhur dan murni, berdasarkan kepada pegangan agama dapat membentuk, mencorakkan masyarakat dan negara.

 

“Seterusnya, sistem nilai yang berasaskan kepada kejujuran, integriti dan juga akhlak yang mulia serta bencikan rasuah ini dapat membentuk masyarakat yang baik, berakhlak mulia dan menjadi suatu contoh yang baik kepada dunia,” jelasnya, seterusnya melancarkan majlis tersebut.

 

Berikut adalah keputusan tiga pemenang utama bagi setiap kategori dalam Pertandingan Melukis Poster dan Komik Banteras dan Tolak Rasuah 2021:

 

Pertandingan Melukis Komik

Tempat pertama: Aniqah Annuar (SMK TPDP Hajjah Normah)

Tempat kedua: Nurdini Hamnah Mohammad Nazren (SM Sains Sembrong)

Tempat ketiga: Muhammad Aryf Ryhan Mohd (SMK Seri Saujana)

 

Pertandingan Melukis Poster (Manual)

Tempat pertama: Jacinda Liu Zhi Ying (SJKC North, Miri)

Tempat kedua: Aisyah Mohd Sharul (SK Perempuan Jalan Yahya Awal, JB)

Tempat ketiga: Mark Ivan Undie Anak Willie (SJKC Yok Ming, Sarawak)

 

Pertandingan Melukis Poster (Digital)

Tempat pertama: Qaseh Ainur Najwa Mohd Suffian (SK Brickfields 1, KL)

Tempat kedua: Danillan A/L Elangovan (SK Alam Damai, Cheras)

Tempat ketiga: Nur Sumayyah Noor Azhar (SRI Al-Amin Keramat, KL)

Last modified on Monday, 10 May 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!