Print this page

PULAU PINANG - Pelancaran baju sukan IKRAM Cycling Club telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, Hj Isahak Ismail di perkarangan Pusat Komuniti IKRAM Pulau Pinang, Sungai Nibong di sini pada Ahad, 21 Mac lalu.

Menurut wakil kelab, Md Zabri Md Zain, seramai 10 peserta kayuhan menyertai kayuhan bersempena pelancaran tersebut.

 

"Kayuhan santai dilakukan bermula dari perkarangan Pusat Komuniti IKRAM Pulau Pinang sehingga ke Persiaran Karpal Singh melalui trek berbasikal tepian pantai sejauh 20 kilometer."

 

Tambahnya, antara tarikan menarik sepanjang kayuhan ialah pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari tepian pantai.

 

Pelbagai jenis basikal menyertai kayuhan kali ini termasuk dari jenis RB (RoadBike), MTB (MountainBike) dan basikal lipat (folding bike).

 

Para peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 10 hingga 60 tahun dari sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai Utara.

 

Menurutnya, semua peserta dipastikan memakai topi keledar basikal, berada dalam keadaan sihat dan menjaga penjarakan fizikal.

 

"Untuk makluman semua, tujuan kelab ini ditubuhkan ialah untuk menggalakkan aktiviti berbasikal di semua peringkat umur."

 

Jelasnya, visi kelab berbasikal ialah menjadikan rakyat Malaysia aktif dan sihat dengan moto kelab Health - Ukhuwwah - Peace.

 

Penyertaan kelab ini terbuka kepada semua. Bagi orang ramai dan ahli IKRAM di sekitar Pulau Pinang yang ingin menyertai aktiviti kelab ini boleh menghubungi Md Zabri di talian 019-5459356.

 

Pihak IKRAM Cyling Club turut mengucapkan terima kasih kepada Saudara Adnan Mohd Farouk dari kedai Basikal Penang atas kesudian menaja sebahagian daripada kos baju sukan kelab basikal tersebut.

Last modified on Wednesday, 31 March 2021
Our website is protected by DMC Firewall!