wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 ذو القعدة 1442   |   Friday 18 June 2021

KUALA LUMPUR - Gabungan NGO Malaysia dan Yaman telah melancarkan kempen Help Yemen bagi meringankan beban kemanusiaan yang semakin merosot di Yaman.

 Dalam sidang media hari ini, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kempen itu bertujuan mengumpul RM4.6 juta untuk membantu 22,000 pelarian dalam negara (IDPs) yang terjejas teruk dan memerlukan bantuan kemanusiaan terutama makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan.

 

 

 

"Sejak keganasan yang meletus pada akhir Mac 2015, Yaman kekal menjadi negara yang berdepan dengan krisis kemanusiaan terburuk di dunia," jelas beliau.

 

Tambahnya, konflik lebih enam tahun itu menyebabkan kemerosotan ekonomi, keruntuhan institusi yang mengakibatkan 24 juta orang (80 peratus penduduk) memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan serta 13.5 juta orang menghadapi masalah sekuriti makanan.

 

Selain itu, laporan UNICEF 2020 melaporkan bahawa 4.4 juta warga Yaman kehilangan tempat tinggal yang mana 73 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak, serta hampir 3.6 juta kanak-kanak di bawah lima tahun kekurangan zat makanan.

 

Sementara itu, lebih 2 juta kanak-kanak tidak bersekolah di seluruh negara yang menyumbang kepada peningkatan buruh kanak-kanak.

 

 

 

"Masanya telah tiba untuk kita memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Yaman yang telah menjadi pelarian domestik."

 

Menurut Dr Hafidzi, Kempen Help Yemen dinaungi kedutaan Yaman dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), MyCARE, HALUAN, Global Peace Mission (GPM), ALTAWASUL, INSAN dan masyarakat Yaman di Malaysia.

 

Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid yang turut hadir dalam sidang media kempen itu menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, NGO-NGO dan rakyat Malaysia yang sentiasa membantu rakyat Yaman.

 

Dalam sidang media itu juga, Pengarah Urusan Sabasun Hyperuncit, Che Salmi Che Ibrahim menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 untuk kempen Help Yemen kepada Dr Adel. Turut hadir Ketua Jawatankuasa Penyelarasan Kempen, Profesor Dawood Abdulmalek al-Hidabi dan wakil-wakil NGO yang bekerjasama.

 

Mereka yang ingin menyumbang dalam tabung Help Yemen melalui MyCARE, sila layari pautan donate.mycare.org.my/c/yaman atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB 8602135592) dengan rujukan 'Help Yemen'.

Last modified on Thursday, 01 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd