wrapper

Berita Terkini

الإثنين 25 رجب 1442   |   Monday 08 March 2021

SERI KEMBANGAN - Jumlah kes sembuh tertinggi telah dicatatkan pada Ahad, dengan sebanyak 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.

“Sebanyak 2,464 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan kes di negara ini sebanyak 264,269,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

 

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 49,490 kes.”

 

Manakala, sebanyak tujuh kes kematian baharu yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.

 

“Negeri Selangor masih mencatatkan kes tertinggi penularan iaitu sebanyak 1,103 kes diikuti Johor, 492 kes dan Sarawak sebanyak 161 kes,” jelasnya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 Februari 2021 untuk seluruh negara ialah 0.89.”

 

Menurutnya, pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia dari  1 hingga 14 Februari 2021, hanya satu daerah di Semenanjung berada di zon hijau iaitu Lipis.

 

Menerusi status Facebooknya, beliau menyarankan rakyat Malaysia agar sentiasa berada di rumah dan jika terpaksa keluar, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan dan menurutnya, kita semua perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Last modified on Monday, 15 February 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd