wrapper

Berita Terkini

الجمعة 3 شوّال 1442   |   Friday 14 May 2021

SERI KEMBANGAN - Betapa tangisan kegembiraan menyelebungi hati seorang Ebit Lew, berikutan seramai 157 orang mengucapkan syahadah di Pulau Tatagan, Semporna, Sabah.

Semalam pendakwah terkenal itu laporkan melalui statusnya berkata, “Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau Gipsi Laut.”

 

Mereka didapati tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.

 

“Saya ke sana untuk sampaikan bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat.”

 

Menurut beliau lagi, Bajau Laut ialah kumpulan manusia tanpa negara.

 

“Saya tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya dan mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ujarnya.

 

Situasi yang sangat membuatkan Ebit Lew sebak, ketika mereka yang ditemui, beramai-ramai bertanya tentang Tuhan.

“Siapa Tuhan? Tuhan tu apa?”

 

Seterusnya beliau dengan dibantu penterjemah bertanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama? Mereka jawab tiada.

“Kami tak tahu. Tolong beritahu kami,” Ebit Lew semakin sebak.

 

Dalam pada itu, beliau berusaha mengumpulkan mereka semua mengelilingi bot dan Ebit Lew menjawab pertanyaan yang diajukan mereka sebelum itu.

 

“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih dan gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ucap ustaz yang terkenal dengan membantu rakyat di mana-mana pun berada, tanpa kenal erti penat dan lelah.

 

Berikutan itu, Ebit Lew berusaha akan terus membantu memberikan makanan untuk seluruh kampung atas laut ini dan beliau juga sedang menguruskan untuk membina sekolah dan mencari guru dan ustaz untuk mengajar mereka.

 

“Ya Allah, bantu, mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” harapannya sambil menyatakan kesyukuran dan doanya.

Last modified on Monday, 01 February 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!