Print this page


LONDON - Juara tinju lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov memenangi Anugerah Sukan BBC sebagai Bintang Sukan Dunia untuk tahun 2020.

Beliau yang berusia 32 tahun itu mengekalkan rekod profesionalnya yang luar biasa dengan 28 kemenangan berturut-turut tanpa mencatat kekalahan dengan kemenangan ke-29 ke atas juara Justin Gaitji pada Oktober lalu.

 

Khabib Nurmagomedov mendominasi pertarungan dan membuatkan Gaithje tidak sedarkan diri pada pusingan kedua.

 

Dengan kemenangan yang mengejutkan itu, Khabib sekali lagi menjelaskan bahawa pertarungannya itu sebagai situasi yang paling getir antara semua MMA, hingga ada yang menggelarkan beliau sebagai ahli gusti seni mempertahankan diri terhebat sepanjang zaman.

 

Khabib mengatasi atlet lompat bergalah Sweden Armand Duplantis, pemain bola keranjang Amerika LeBron James, pemain golf Amerika Dustin Johnson, pemain bola sepak Perancis Wendy Renard dan petinju Ireland Katie Taylor.

 

Pemenang tahun lalu ialah pelari maraton Eliod Kipshoj, yang memenangi London Marathon untuk kali keempat dan menjadi orang pertama yang menamatkan maraton dalam masa kurang dua jam pada Oktober 2019.

 

Khabib yang memenangi anugerah BBC Sports Personality 'World Sports Star of the Year' berikutan pencapaiannya yang cemerlang dalam usaha dan penampilannya pada tahun 2020.

 

Majlis Anugerah Personaliti Sukan BBC telah berlangsung pada Ahad, 20 Disember 2020 secara langsung di BBC One, BBC iPlayer dan laman web dan aplikasi BBC Sport.

 

Selepas mengumumkan persaraannya pada Oktober lalu, Khabib kini tampil dengan syarikat rangkaian mudah alihnya sendiri, Eagle Mobile. Perkara itu diumumkan Khabib baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya.

 

“Hari ini merupakan pelancaran besar-besaran Eagle Mobile! Saya sangat bekerja keras untuk menjadikan perkhidmatan ini sebagaimana saya sendiri mahu menggunakannya. Mudah untuk semua orang, difahami oleh semua orang, serta jujur dan bertanggungjawab.”

 

Menurutnya, setakat ini perkhidmatan tersebut hanya di Moscow dan wilayahnya, tetapi untuk wilayah lain, tidak lama lagi. Ini adalah tugasan yang menarik dan baru bagi dirinya. Pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) itu dinamakan sempena nama jolokan Khabib semasa di gelanggang iaitu ‘The Eagle’.

 

Dalam pada itu, baru-baru ini timbul desas desus bahawa petinju ‘pound-for-pound’ UFC itu akan kembali untuk memenuhi impian arwah ayahnya bagi mencapai rekod ke-30 kemenangan tanpa kalah (30-0).

 

Malah, pengurusnya Ali Abdelaziz menerusi ciapan di Twitternya turut memberi bayangan seolah-olah Khabib akan bertarung dengan bekas juara berganda UFC, Georges St-Pierre.

 

Sebelumnya, beliau telah mengumumkan persaraannya setelah memenangi pertarungan terakhirnya hanya beberapa bulan setelah kematian ayahnya yang juga pelatih dan mentornya, Abdul Manab.

 

Kredit foto: Sportskeeda

Last modified on Thursday, 24 December 2020

1 Comment

Our website is protected by DMC Firewall!