Print this page

SERI KEMBANGAN - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama Helping Orang PEdalaman (HOPe), Harmoni Mission, Standup Flashmob, Urban Usrah dan Rose2Rose telah menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan di Sabah dalam projek Sabah COVID-19 Food Relief.

Sebanyak 400 buah keluarga asnaf yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima manfaat sepanjang dua hari penyaluran pada 20 sehingga 23 Oktober lalu bertempat di Putatan, Kota Kinabalu, Telupid, Labuan dan Kota Belud.

 

Bantuan pek makanan mengandungi antaranya beras, telur, gula, garam, minyak masak, tepung, uncang teh dan mi kuning.

 

Berikut adalah rumusan bantuan COVID-19 dalam negara yang telah disalurkan oleh MyCARE setakat 12 November 2020.

 

“Bentuk bantuan ialah sebanyak 6,588 pek makanan, 990 bungkus makanan panas, 5,010 pek roti dan air, 5,260 unit pelitup muka, 11,016 unit pelindung muka (face shield), 58 liter pensanitasi tangan (hand sanitizer), 3,102 unit set PPE, 14,300 unit sarung tangan, 1,500 pek kit kebersihan, 23 unit kipas, dan dua unit Powered Air Purifying Respirator (PAPR).”

 

Rakyat Malaysia diseru agar terus memberikan sumbangan di pautan berikut: https://www.billplz.com/fightcovid19.

 

Dalam pada itu, MyCARE juga merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus bersama dalam kempen Winter Relief 2020 bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk.

 

Sehingga 19 November 2020, sebanyak RM376,638.64 telah berjaya dikumpul dalam Tabung Winter Relief, masih jauh daripada sasaran RM1 juta demi menyelamatkan mereka daripada musim sejuk yang membunuh.

 

“Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana, salurkan sumbangan anda ke http://mycare.qrd.by/winter.”

 

Dalam perkembangan lain, MyCARE dengan kerjasama Pusat Derma Darah (PDN) dan Palestine Cultural Organisation Malaysia (PCOM) telah menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Ibu Pejabat MyCARE.

 

“Aktiviti ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui PDN untuk sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan stok bekalan darah terganggu.”

 

MyCARE merakamkan penghargaan kepada para sukarelawannya dan semua penderma darah yang sudi bersama menjayakan program ini bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan hospital di seluruh negara.

Last modified on Friday, 20 November 2020
DMC Firewall is a Joomla Security extension!