Print this page


SERI KEMBANGAN - Yayasan IKRAM Malaysia telah menyalurkan sumbangan sebanyak seunit vital sign monitoring dan 10 unit portable pulse oximeter serta dua unit powered air purifying respirator (PAPR).

Barangan itu telah disumbangkan oleh IKRAM Kawasan Hulu Selangor untuk Jabatan Perubatan Hospital Tawau, Sabah.

 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil IKRAM Negeri Sabah, Dr Raudhah Abd Rahman kepada Ketua Jabatan Perubatan Hospital Tawau, Dr Marsila Mariaty Marzukie pada 3 November lalu.

 

Sementara itu, para aktivis IKRAM Kawasan Papar turut terlibat dalam pembikinan PPE untuk barisan hadapan. Dalam pada itu, jumlah semasa bantuan peralatan bekalan PPE dan PPAR masih lagi diperlukan.

 

Penyediaan PAPR dan PPE ini bertujuan membantu petugas barisan hadapan dalam mengendalikan pesakit berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penyebaran COVID-19 di ICU.

 

Kepada rakyat Malaysia yang ingin turut sama memberikan sumbangan untuk keselamatan diri dan memudahkan gerak kerja barisan hadapan di Sabah, sila klik pautan https://www.billplz.com/frontlinersabah.

 

Inisiatif Yayasan IKRAM Malaysia dengan kerjasama IKRAM Negeri Sabah yang dilancarkan sejak Oktober ini mensasarkan bantuan RM100,000 untuk PAPR dan RM200,000 untuk PPE.

Last modified on Friday, 13 November 2020
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd