wrapper

Berita Terkini

الجمعة 12 ربيع الثاني 1442   |   Saturday 28 November 2020

SERI KEMBANGAN - Semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara akan ditutup bermula 9 November sehingga 17 Disember depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

"Mengambil kira pengumuman PKPB serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.”

 

Beliau menambah, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak, yang tidak terlibat PKPB) akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

 

"Penutupan ini melibatkan 74 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di bawah KPM," ujarnya dalam sidang media semalam.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penundaan peperiksaan awam negara ke bulan Februari dan Mac 2021.

 

“Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021.”

 

Dalam pada itu, Radzi mengumumkan penggal persekolahan secara bersemuka pada tahun depan akan dimulakan pada 20 Januari 2021.

 

Jelas beliau lagi, bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid kolej vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

 

"Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.”

 

Namun, bagi pelajar Program Matrikulasi KPM dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya dan melakukan ulang kaji kendiri sehingga 31 Disember 2020.

 

Di peringkat golbal, ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 mencecah 50.26 juta sebagaimana data terbaharu Johns Hopkins University, dan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.93 juta kes.

 

Sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes dan kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.

 

Manakala, angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat hingga menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat pandemik itu kini melepasi angka 1.25 juta.

 

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 237,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 162,000 kes.

 

Di Malaysia, secara keseluruhannya, sehingga 8 November 2020 sebanyak 852 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 40,209 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes.

 

Hari ini majoriti beberapa negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

 

Ia dilaksanakan bagi tempoh empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember, sebagaimana yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Sabtu petang.

 

“Keputusan ini dibuat selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes COVID-19,” ujarnya.

 

Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti selain mengekang penularan COVID-19 di negeri ini.

Last modified on Monday, 09 November 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!