wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal. 

“Beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu iaitu berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah," jelasnya.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menerusi laman Twitter beliau hari ini berkata, sebanyak 1,899 petugas kesihatan melalui pelantikan kontrak bagi tujuan menyokong perkhidmatan kesihatan semasa penularan wabak COVID-19 akan ditambah. 

 

“KKM telah pun mengambil langkah segera dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Sabah dan Selangor,” ujarnya.

 

Namun, selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan trend peningkatan semula wabak COVID-19, tambahan seterusnya diperlukan bagi petugas kesihatan.

 

Antara petugas kesihatan sokongan tambahan yang dipohon adalah pegawai penyelidik, jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, juruteknologi makmal perubatan dan pembantu tadbir (perkeranian/operasi dan kewangan).

 

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan telah melaporkan sebanyak 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes.

 

Berikutan itu, sekitar satu juta pelajar yang belajar di 1,754 buah sekolah di beberapa negeri di Malaysia tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas kes pandemik koronavirus (COVID-19) meningkat semula.

 

Sabah merekodkan jumlah penutupan sekolah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,296 buah sekolah yang melibatkan seramai 500,000 pelajar.

 

Penutupan sekolah mulai 10 Oktober sehingga 25 Oktober itu terpaksa dilakukan selepas kes-kes COVID-19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan.

 

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil keputusan yang sama untuk menutup sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober.

 

“Biarpun bukan berada dalam zon merah, ibu bapa ada hak dan pilihan sendiri untuk tidak menghantar anak -anak ke sekolah kerana risau dengan situasi angka COVID-19 yang meningkat kini,” ujar Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

 

Namun menurutnya, mereka perlu terus menyediakan persekitaran yang kondusif supaya anak-anak mereka tidak terus ketinggalan dalam silibus pembelajaran.

Last modified on Monday, 12 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!