wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 ذو القعدة 1442   |   Friday 18 June 2021


ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan mengecam kenyataan rakan sejawatnya, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengenai Islam dan menganggap ia mewujudkan provokasi dan tidak menghormati umat Islam.

"Kenyataan Macron bahawa Islam sedang dalam krisis di sebuah kota dengan populasi Muslim yang besar, adalah provokasi serta tidak menghormati sensitiviti umat Islam,” ujarnya pada Selasa lalu.

 

Tambahnnya, kenyataan presiden Perancis yang menggesa penstrukturan semula Islam itu sebagai tidak sopan dan kasar.

 

Beliau turut menyatakan bahawa banyak negara Barat telah menjadi ‘penaja rasisme dan anti-Islamisme’.

 

“Mereka yang mencetuskan isu perkauman dan Islamofobia telah melakukan kesalahan yang paling besar terhadap masyarakatnya.”

 

"Hari ini, Islam adalah agama yang berada dalam krisis di seluruh dunia, kita tidak melihat ini di negara kita sahaja,” ujar Macron dalam ucapannya pada Jumaat lalu yang menimbulkan respons Erdogan.

 

Macron turut menyatakan perancangannya untuk mempertahankan nilai-nilai ‘sekular’ Perancis daripada apa yang dikatakannya sebagai ‘radikalisme Islamis’.

 

Rang undang-undang yang mengukuhkan lagi pemisahan gereja dan negara itu akan dibentang pada Disember ini bagi mengeluarkan unsur-unsur agama dalam pendidikan dan sektor awam di Perancis.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Erdogan menjelaskan bahawa racun perkauman, diskriminasi dan Islamofobia merebak di negara-negara Barat yang menjadi buaian demokrasi selama bertahun-tahun.

 

"Tempat kerja orang Islam di negara-negara Barat terkena serangan rasis hampir setiap hari dan wanita Muslim terdedah kepada serangan verbal dan fizikal di jalanan, pasar dan sekolah kerana mereka bertudung.”

 

“Hampir setiap hari kami menerima berita serangan, penafian hak dan pembuangan pekerja kerana mereka adalah orang Turki dan Muslim."

 

Menurutnya, selain umat Islam, kumpulan lain dengan identiti etnik, manifestasi dan fahaman agama yang berlainan juga dipengaruhi oleh amalan seperti itu dan keganasan neo-Nazi mensasarkan warga negara Turki, pendatang Afrika dan Asia, Muslim dan Yahudi.

 

"Kami menyaksikan bahawa fanatik ideologi seperti ISIS meracuni pemikiran masyarakat Eropah semakin tidak terkawal," ujar Erdogan sambil menekankan bahawa serangan yang mensasarkan masjid dan tempat ibadah agama lain telah mencapai tahap yang tidak dapat dibayangkan di negara-negara Barat.

 

Pada tahun ini, telah berlaku insiden membakar kitab al-Quran di Sweden, mengoyaknya di Norway dan mempromosikan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW atas nama kebebasan akhbar di Perancis.

 

Begitu juga serangan di sebuah masjid disebabkan pengganas menyebabkan 52 orang telah terbunuh di Christchurch, New Zealand tahun lalu, yang mana secara tidak langsung telah mendedahkan ancaman yang dihadapi umat manusia.

 

Erdogan menjelaskan bahawa serangan yang mensasarkan nilai-nilai dan kesucian umat Islam diabaikan dengan alasan kebebasan berfikir.

 

“Terdapat usaha untuk mencabar reputasi ahli politik yang bercakap benar, untuk menimbulkan permusuhan terhadap mereka dan ini adalah salah satu alasan permusuhan terhadap orang Turki dan Muslim yang telah dipacu oleh beberapa pemimpin dan media Eropah dalam beberapa tahun terakhir ini."

 

Menurut Erdogan, menyerang umat Islam telah menjadi salah satu cara terpenting yang digunakan oleh ahli politik Eropah untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

 

“Beberapa presiden dan perdana menteri sekarang beralih kepada dasar murahan ini yang diterapkan oleh kumpulan rasis pada masa lalu untuk mendapatkan suara dalam pilihan raya dan Macron telah menyertai kumpulan ini,” tegas Erdogan.

 

Foto: TRT World

Last modified on Thursday, 08 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!