wrapper

Berita Terkini

الجمعة 22 رجب 1442   |   Friday 05 March 2021


PALESTIN - Pemimpin Hamas, Nader Sawafta memberi khabar gembira mengenai kesepakatan yang diperolehi hasil daripada pertemuan antara gerakan itu dan Fatah yang berlangsung di Istanbul, Turki baru-baru ini.

“Kesepakatan yang dicapai ini adalah hasil daripada beberapa perbincangan yang dibuat oleh kedua-dua gerakan tersebut sejak awal September di Ramallah dan Beirut.”

 

Beliau optimis Palestin dapat menghadapi apa juga cabaran yang bakal mereka hadapi pada masa hadapan.

 

“Saya menyeru semua rakyat Palestin agar tetap bersatu dan mengambil langkah-langkah praktikal mendepani ancaman serta rencana penjajahan Zionis ini,” jelasnya.

 

Delegasi daripada kedua-dua gerakan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Recep Tayyip Erdoğan serta kerajaan beliau yang telah menjadi tuan rumah untuk perbincangan ini serta menjadikan pertemuan ini berjalan dengan lancar.

 

Sebelumnya, Setiausaha Fatah, Gabriel Rajoub telah bertemu dengan pemimpin Hamas di Turki bagi memfokuskan isu kepemimpinan bersama.

 

“Perpaduan adalah kekuatan yang akan menyelesaikan banyak perkara,” kata Rajoub dalam kenyataannya.

 

Ketika pertemuan tersebut, turut diadakan dialog dua hala untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian atas dasar perjuangan rakyat.

 

Terdahulu, Fatah dan Hamas telah mengatur strategi menentang persepakatan dan normalisasi negara-negara Arab dengan Israel seterusnya menyerukan rakyat Palestin agar bersatu.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh mengatakan pada Rabu, perdamaian ini akan menjadi pintu masuk kepada pilihan raya umum.

 

“Perkara itu akan diputuskan setelah pertemuan tersebut dengan kata sepakat mereka dan ini akan memperkuat dan mengembalikan cahaya demokratik dalam kehidupan rakyat Palestin."

 

Pilihan raya presiden Palestin terakhir telah diadakan pada tahun 2005 sementara pilihan raya parlimen kali terakhir diadakan pada tahun 2006.

 

Secara tegasnya, kepimpinan dan rakyat Palestin menyatakan penolakan dan kecaman keras terhadap perjanjian normalisasi dengan menyatakan bahawa ia adalah pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.

Last modified on Friday, 02 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!