wrapper

Berita Terkini

السبت 2 صفر 1442   |   Saturday 19 September 2020


SERI KEMBANGAN - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran dikuatkuasakan di daerah Kota Setar dan Penjara Tawau.

"Kerajaan akan menguatkuasakan PKPD secara Pentadbiran di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah mulai jam 12.01 tengah malam ini (11 September) hingga 25 September akan datang.”

 

Menurutnya, ia melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar iaitu  Langgar, Bukit Pinang, Gunung, Kuala Kedah, Sungai Baru, Kota Setar, Mergong, Titi Gajah, Alor Malai, Pengkalan Kudor, Padang Lalang, Kubang Rotan, Teluk Cengai, Teluk Kechai, Pumpong, Derga, Tajar, Limbong, Tebengau, Teluk Mas, Lengkus, Kangkong, Lepai, Hutan Kampung, Alor Merah, Anak Bukit, Sala Kechik dan Padang Hang.

 

Manakala pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Penjara Tawau dan kuarters penjara itu pula diputuskan selepas mengambil kira penularan kes jangkitan positif COVID-19 di Penjara Tawau.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif COVID-19 baharu di Malaysia kekal dua angka, dua hari berturut-turut dengan 45 kes dilaporkan pada Khamis, 10 September.

 

“Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat satu (1) kes import,” ujarnya ketika sesi sidang media Kes COVID-19 di Putrajaya.

 

Beliau berkata, kes import tersebut dilaporkan di negeri Selangor, iaitu warganegara Malaysia yang telah pulang dari negara Brazil.

 

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,628 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 333 kes dan mereka telah diasingkan serta diberikan rawatan.”

 

Dalam pada itu, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).”

Last modified on Friday, 11 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!