wrapper

Berita Terkini

السبت 2 صفر 1442   |   Saturday 19 September 2020


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan kes COVID-19 dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara-negara berkenaan.

“Walaupun jangkitan di dalam negara masih terkawal, berdasarkan pemantauan kes COVID-19 di negara-negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis sekarang menunjukkan peningkatan seiring penurunan suhu di negara-negara terbabit.”

 

Kebimbangan yang dinyatakan beliau ialah apabila tiba musim sejuk, kes akan bertambah dan perlukan kesiapsiagaan.

 

“Bagi memastikan penularan terkawal, KKM melaksanakan kaedah kesihatan awam yang menuntut orang ramai mematuhi prosedur operasi standard, sementara KKM pula bersiap siaga dari segi penyediaan kemudahan,” jelasnya Dr Noor Hisham sambil menambah bahawa pandemik ini didapati telah bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

 

Pada 30 Ogos lalu, COVID-19 meragut satu lagi nyawa yang menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik ini meningkat kepada 127 kes.

 

“Kematian terbaharu itu melibatkan lelaki warganegara berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi.”

 

Dalam usaha membenteras wabak ini menurutnya, ia perlukan kerjasama semua masyarakat untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitannya.

 

Terbaharu, KKM mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Bunga yang dikenal pasti melibatkan empat kakitangan sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan yang mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.

 

"Kes positif kluster itu melibatkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara dan keempat-empat kes positif itu tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran membuka semula kehidupan sosial masyarakat secara tergesa-gesa di tengah wabak COVID-19 boleh menjadi punca bencana.

 

“Negara yang serius untuk melonggarkan perintah berkurung juga seharusnya serius membendung penularannya,” demikian kata Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

 

Beliau turut menyatakan sebanyak 90 peratus negara menunjukkan penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lain terjejas akibat COVID-19, hasil tinjauan di 105 buah negara, terutamanya di negara-negara yang berpendapatan rendah dan menengah.

 

WHO juga menyifatkan bahawa virus COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1 atau Selesema Babi (Swine Flu) yang menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan di seluruh dunia dengan 18,449 kematian antara Januari 2009 dan Ogos 2010.

Last modified on Wednesday, 02 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd