Print this page


KUALA LUMPUR - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) telah menjadi johan dalam pertandingan pameran makanan 'NCWO Unity Roadshow 2020: Local Desserts’ pada 16 Ogos lalu di The [email protected] di sini.

Program anjuran Majlis Organisasi Wanita Kebangsaan (NCWO) dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCWO) ini bertujuan mempamerkan budaya melalui makanan dan produk sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan wanita daripada pelbagai kaum di Malaysia.

 

Dalam pertandingan ini, Wanita IKRAM diwakili oleh Prof Dr Hanim Salleh, Pn Suriati Haron dan Pn Farrah Idayu Abdul Mutalib, yang turut dibantu Wanita IKRAM Bandar Baru Bangi dan Kajang.

 

 

NGO-NGO wanita yang lain seperti FOMSO, MNA, EKTA Club of Kuala Lumpur & Selangor, GLA, MAYC WILAYAH, LPPKN, USAHANITA, CCM, KLSCAH dan MCWEA turut menyertai pertandingan ini.

 

Wanita IKRAM berharap semoga program seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi bagi mengenali tradisi serta meningkatkan sifat toleransi dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

 

Sebelumnya, Presiden NCWO, Tan Sri Prof Emerita Dr Sharifah Hapsah berkata, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama.

 

“Kita mempunyai Rukun Negara di mana perpaduan menjadi tunggak utama dan salah satu caranya adalah dengan menjamin pendekatan liberal (keterbukaan) terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.”

 

Beliau berkata, lebih senang bercakap mengenai perpaduan daripada benar-benar menghayati dan menghirupnya.

 

“Untuk menghayatinya, kita perlu saling memahami. Melalui pemahaman, kita dapat melihat apa yang biasa bagi kita dan yang lebih penting untuk menghargai perbezaannya.”

 

Menurutnya, perbezaan menampakkan pelbagai dalam masyarakat dan kepelbagaian inilah yang memberi kekuatan kepada sesebuah negara.

 

“Sebagai NGO wanita, ibu, kakak, isteri dan nenek kita memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak, keluarga dan masyarakat bagi membentuk dan menyebarkan nilai-nilai bersama, saling menghormati kepelbagaian.”

 

Namun, ikatan ini tidak akan kuat jika tiada yang menghargai, menghormati dan menggunakan kepelbagaian untuk memajukan kepentingan bersama.

Last modified on Monday, 17 August 2020

46 Comments

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd