wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020


SUBANG JAYA - Baru-baru ini, Hidayah Food Bank (HFB) telah dilancarkan secara rasmi di Pasar Raya Besar MYDIN Subang Jaya bagi membantu menyediakan makanan asas untuk asnaf mualaf yang memerlukan.

Pelancaran program ini pada 19 Julai lalu telah disempurnakan oleh CEO Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Nicholas Sylvester bersama Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Tn Salim bin Mydin.

 

Merupakan salah satu inisiatif HCF melalui sukarelawan Rakan Hidayah, program Hidayah Food Bank membantu meringankan perbelanjaan dapur bulanan asnaf mualaf dalam usaha mencapai ‘zero hunger’ (kebuluran sifar).

 

Idea program ini tercetus dalam kalangan sukarelawan Rakan Hidayah Kajang yang melihat adanya keperluan untuk membantu memberikan makanan asas untuk mualaf terutamanya bagi mereka yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Selain bantuan makanan asas, inisiatif ini boleh memupuk hubungan erat dalam kalangan mualaf setempat dengan program yang dijalankan HCF dan membantu meningkatkan senarai data mualaf yang disantuni.

 

Program ini juga membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk bersama menyumbang dalam membantu usaha menyantuni mualaf yang memerlukan.

 

Program ini menyasarkan kerjasama yang dijalankan bersama pasar raya-pasar raya di seluruh Malaysia dan di peringkat awal ini, sasaran utama diadakan di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama pasar raya MYDIN.

 

Sebanyak dua buah pasar raya MYDIN telah mempunyai reruai (booth) Hidayah Food Bank iaitu Pasar Raya Besar MYDIN Semenyih dan Subang Jaya.

 

Pada 22 Julai lalu, Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan telah memberikan sumbangan berupa pek makanan asas kepada program Hidayah Food Bank ini untuk disalurkan kepada asnaf mualaf yang memerlukan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.

 

Dato' Mohd Chan yang turut sama hadir di pusat komuniti itu untuk memastikan barangan pek makanan dapat disalurkan buat mualaf yang memerlukan.

 

“Pek makanan ini turut disumbangkan di beberapa lokasi iaitu di Kajang, Bangi dan Shah Alam,” menurut wakil HCF.

Menurutnya, seramai 31 keluarga juga individu mualaf yang layak di kawasan Ampang Jaya telah menerima bantuan barangan asas makanan melalui program ini.

 

“Kebanyakan mualaf yang menerima bantuan Hidayah Food Bank telah hadir mengambil sendiri bungkusan makanan yang disumbangkan.”

 

Bagi beberapa mualaf yang mempunyai keuzuran seperti kurang keupayaan atau berpenyakit kronik, mereka diziarahi sukarelawan HFB untuk disampaikan sumbangan tersebut.

 

Rata-rata mereka yang menerima bantuan ini menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana meringankan beban yang ditanggung serta merasa diri mereka dipedulikan dan diberi perhatian.

Last modified on Friday, 24 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!